Sepanjang 2023, banyak ragam yang berlaku dalam industri hiburan.

Sungguhpun isu, gosip dan kontroversi mungkin mendahului trend dalam kalangan peminat, namun ada beberapa hal positif masih mendahulu carta Google Trend 2023.

PILIHAN PEMBACA: Puteri Sarah Jawab Sebab Selesai Kes Dengan Ira Kazar - “Mengalah Tak Bererti Kalah, Lebih Pilih Mental Health…

Projek: High Council merupakan siri Astro Original yang berjaya mencipta fenomena dan impak tersendiri.

Sebagai bukti, barisan pelakon utamanya seperti Nadhir Nasar, Amir Ahnaf dan Mierul Aiman kini mampu berdiri sebaris dengan aktor popular lain tanah air.

Sementara itu, filem Polis Evo 3 terbitan Astro Shaw pula berjaya mengaut keuntungan sebanyak RM54 juta hanya selepas hampir dua bulan ditayangkan, menjadikan ia salah satu filem terlaris di Malaysia.

Sudah tentu, figura bernama Puteri Sarah juga turut tersenarai dek polemik rumah tangga bersama bekas suami, Syamsul Yusof.

Konflik antara suami isteri itu berlaku selepas pengarah terkenal tanah air tersebut difahamkan mempunyai hubungan dengan anak pelakon veteran, Kazar Saisi iaitu Ira Kazar.

BERITA TRENDING: #PE3: Kekal Nombor Satu Filem Terlaris 2023! Polis Evo 3 Kini Kaut RM54 Juta!

Selain itu, tidak lupa juga kejayaan aktres hebat Tan Sri Michelle Yeoh, 61, yang mengharumkan nama Malaysia di persada dunia setelah diumumkan sebagai pemenang Pelakon Wanita Terbaik, Anugerah Akademi (Oscar) Ke-95 sekaligus menjadikan beliau bintang Asia pertama meraih trofi dalam kategori berkenaan.

Dalam kejayaan dan kegembiraan, industri hiburan juga digemparkan dengan berita sedih pemergian selebiriti-selebriti terkenal sama ada dalam mahupun luar negara.

Oleh itu, jom semak carian Google yang paling hangat di Malaysia sepanjang tahun 2023:

Drama TV:

1) Till The End Of The Moon
2) Perempuan Itu
3) The Invisibles
4) Hidden Love
5) The Glory
6) Andai Itu Takdirnya
7) Only For Love
8) Projek: High Council
9) King The Land
10) My Journey To You

Individu

1) Ira Kazar
2) Jocelyn Chia
3) Michelle Yeoh
4) Angeline Tan
5) Puteri Sarah
6) Syamsul Yusof
7) Zarina Anjoulie
8) Intan Najuwa
9) Sabri Yunus
10) Ahn Bo Hyun

Filem

1) Oppenheimer
2) Barbie
3) Jawan
4) Fast X
5) Jailer
6) No More Bets
7) Evil Dead Rise
8) John Wick 4
9) Leo
10) Polis Evo 3

Kematian

1) Coco Lee
2) Abby Choi
3) Moonbin
4) Salahuddin Ayub
5) Matthew Perry
6) Ridzuan Hashim
7) Rohana Jalil
8) Suhaimi Saad
9) Badrul Muhayat
10) Raymond Goh