Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

“Prosafe, Belum Masanya, Kurang Yakin” - 5 Artis Ini Sering Disorot Netizen Sepanjang 2021 Kerana ‘Tolak’ Vaksin

Izwan Isa
24/12/2021 15:20 MYT
Sejak kemunculan virus COVID-19 sekitar dua tahun lalu, pelbagai cara dilakukan pihak berwajib bagi mengekang penularannya. Lockdown, penjarakan fizikal, kekerapan sanitasi dan pengasingan kendiri merupakan antara cara mudah untuk mengelak daripada dijangkiti.

Begitupun, cara-cara berkenaan dilihat tidak sesuai untuk diamalkan dalam jangka masa panjang. Justeru, para saintis dan doktor dari seluruh dunia membangunkan vaksin bagi meningkatkan imuniti badan dan seterusnya mengekang virus COVID-19 daripada terus merebak.

Sungguhpun rata-rata penerima vaksin COVID-19 tidak mengalami kesan sampingan yang teruk dan pengambilan vaksin juga sudah terbukti berkesan melawan simptom berat virus bahaya berkenaan. Begitupun, masih ada sebilangan rakyat Malaysia yang enggan melalui proses pemvaksinan - termasuk golongan selebriti.

Berikut merupakan lima selebriti yang belum bersedia untuk menerima vaksin COVID-19:

Rita Rudaini



Nama Rita Rudaini sering menjadi bualan terutama dalam kalangan netizen apabila berpegang pada pendiriannya yang enggan menerima vaksin.

Begitupun, menerusi laporan media, Rita mendakwa individu yang menolak vaksin tidak semestinya merupakan seorang antivaksin. Katanya, jika seseorang itu antivaksin, individu berkenaan tidak mengambil vaksin sejak kecil.

Berikutan dengan keengganannya itu, difahamkan nama Rita telah digugurkan daripada pelbagai projek seni yang melibatkan stesen televisyen.

BACA: “Tak Payah Risikokan Mak Pak Hangpa” - Tak Setuju Warga Emas Dipaksa Ambil Vaksin, Netizen Cancel Rita Rudaini

Ellie Suriati



Ramai yang tidak menyangka pelakon Ellie Suriati turut mempunyai pendirian untuk tidak menerima vaksin. Hal ini terbongkar apabila anaknya, Azrell Omar dan Nur Azreen membuat laporan polis kerana tidak mahu divaksin.

Menerusi laporan media, difahamkan mereka masih belum yakin dengan vaksin kerana dikatakan masih berada di fasa ujian klinikal.

Ellie kemudian mengesahkan remaja berkenaan adalah anaknya dan mengaku mereka sekeluarga tidak mengambil vaksin. Menurut Ellie, apa yang diamalkan adalah pemakanan sunnah dan rawatan homeopati.

Namun, difahamkan, suaminya, pelakon Azri Iskandar mengaku yang dia pergi menerima suntikan vaksin secara diam-diam tanpa pengetahuan Ellie.

BACA: “Saya Terpaksa Tipu Ellie Cakap Nak Ke Bengkel Kereta Padahal Cucuk Vaksin” - Azri Iskandar

Zul Yahya



Sejak pengumuman tentang pemberian vaksin COVID-19, pelakon Zul Yahya sering memuat naik pandangan peribadinya di laman sosial.

Selain pernah mempersoalkan COVID-19 dianggap sebagai darurat memandangkan ada penyakit lain yang mematikan, Zul juga menyatakan bahawa vaksin pembuka jalan kepada diskriminasi.

BACA: “Antivaksin Tak Boleh Rentas Negeri. Kau Lepak Rumah Rita Rudaini Jelah, Tak Pun Zul Yahya” - Netizen

Lana Nodin



Selain Rita dan Zul Yahya, Lana Nodin juga antara selebriti yang masih belum bersedia untuk menerima suntikan vaksin. Menurut Lana dia bukanlah antivaksin tetapi lebih kepada prosafe, yakni mengambil langkah berjaga-jaga.

Menurut Lana, masyarakat belum bersedia dengan gelaran prosafe dan dan mengakui suaminya yang juga seorang atlet lebih arif tentang ubat-ubatan, termasuk penggunaan vaksin. Menurut Lana, kelulusan vaksin selalunya mengambil masa sehingga 10 tahun untuk benar-benar selamat digunakan.

BACA: “Kubur Masing-Masing…” Isu Vaksin, Lana Nodin Back Up Rita Rudaini

Suhaimi Saad



Umum mengetahui bekas penyanyi nasyid, Suhaimi Saad cukup terkenal dengan keengganannya menerima vaksin. Bahkan, jika anak-anaknya diserang demam sekalipun, Suhaimi hanya memberikan segelas air yang dibacakan surah Al-Fatihah.

Menerusi kemas kini statusnya, Suhaimi berkata dia masih belum berniat untuk menerima suntikan vaksin. Katanya, dia berserah kepada Allah SWT dan berdoa serta berikhtiar mudah-mudahan Allah tetapkan satu ketetapan atau takdir yang terbaik untuk ambil vaksin atau tidak.

BACA: Lantang Bersuara Tolak Vaksin, Instagram Sekat Akaun Suhaimi Saad Selama 30 Hari - “Ada Aku Kisah"

Kredit foto: Instagram Rita Rudaini, Instagram Lana Nodin, Instagram Zul Yahya &Facebook Mosus
#Lana Nodin #Rita Rudaini #Vaksin #Zul Yahya #Suhaimi Saad #Covid19 #Antivaksin #Ellie Suriati