,
Laman Utama

“Kubur Masing-Masing…”- Isu Vaksin, Lana Nodin ‘Backup’ Rita Rudaini?

Syafiqah Jalal
14/07/2021
10:31 MYT
Pelakon Lana Nodin meminta agar semua tidak mengecam rakan artisnya, Rita Rudaini hanya kerana berkongsi pendapat dan pandangan berbeza tentang vaksin Covid-19.
Menurut Lana, apa yang penting kini bukan isu vaksin tetapi masalah ekonomi dan kebajikan rakyat yang semakin membimbangkan sejak pandemik ini melanda negara.
“Pro vaksin ke anti vaksin ke sepatutnya bukan isunya sekarang ni. Isu dia bila nak tamatkan darurat ni supaya parlimen buka supaya tak ada orang mati kelaparan tapi pak menteri enjoy pergi overseas...kita melapok duduk umah sampai kematu!
“Orang dah ambil vaksin tak payah la kecam kalau Rita nak share apa dia rasa dia nak share kalau rasa video tu menghasut pergi tangkap prof tu sebab dia yang buat video tu plus siapa dah ambil vaksin pun kenapa nak takut dengan orang tak ambil ni?,” katanya.
Lana berkata mengenai isu vaksin itu di ruangan komen Instagram (IG) Rita yang memuat naik video mengenai seorang doktor dipercayai mempunyai gelaran professor bercakap mengenai sejenis ubat antiparasit bernama Invermectin.
Terdahulu, KKM dilaporkan tidak menolak kemungkinan meluluskan penggunaan Ivermectin bagi merawat pesakit COVID-19 jika terdapat bukti kukuh menjelaskan keberkesanan dan kesan sampingannya.
Tambah Lana lagi, sepatutnya setiap orang berhak mempunyai pandangan yang berbeza termasuk isu vaksin.
“Kalau orang bagi pandangan berbeza kata antivax (anti-vaksin) kalau bagi sependapat then korang ke bayar duit api umah kalau orang tu sakit? So kubur masing-masing biar masing-masing bagi pendapat..
“Oksigen pun kita dapat free, freeworld jadi biar la Rita nak post apa bukan hampa bayar internet phone dia rasa video dia post ni menghasut ramai lagi post video ni.
“Some people tak ambil vaksin mungkin sebab masih clinical trial orang was-was lagi orang masih menunggu yang betul-betul works yang di approved oleh Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA),” komennya lagi.
Sejak beberapa hari lalu, nama Rita menjadi bualan hangat serta kecaman netizen selepas mempertikaikan warga emas kononnya dipaksa mengambil vaksin Covid-19.
Malah, ibu tunggal kepada dua cahaya mata itu turut bertindak menyiar semula beberapa hantaran yang seakan menguatkan dakwaan dirinya tidak percaya dengan vaksin Covid-19.
Namun Rita tidak pernah mengakui dirinya anti vaksin malah berpendapat golongan yang enggan menerima suntikan vaksin tidak semestinya, mereka seharusnya digelar antivaksin memandang keputusan itu adalah hak masing-masing.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

“Dekat Set Main TikTok, Sampai Tak Hafal Dialog” - Lana Nodin Rimas, Beri Teguran Pada Pelakon BBNU

gempak
18/11/2024
05:55 MYT
Pelakon Lana Nodin meluahkan rasa kurang senang dengan sikap segelintir pelakon yang digelar Budak-Budak Baru Nak Up (BBNU) di set penggambaran.
Hiburan

Rita Rudaini Tidak Setuju Tindakan Campak Skrip Dianggap Sebagai Buli - “Manja Sungguh”

gempak
15/11/2024
23:55 MYT
Pelakon, Rita Rudaini tidak bersetuju sekiranya tindakan mencampak skrip atau ditengking dianggap sebagai satu pembulian.
Viral

"Terlalu Banyak Nak Dikongsikan, Hati-Hati Dengan Fitnah ..." - Vivy Yusof

gempak
30/10/2024
03:25 MYT
Usahawan popular Datin Vivy Yusof tampil berkongsi keadaan terkininya dan respon terhadap desakan netizen yang mahukan beliau tampil memberikan kenyataan selaku pengasas Fashion Valet.
Hiburan

27 Tahun Bergelar Pelakon, Rita Rudaini Bersyukur Menang Anugerah Aktres Pembantu TV Popular - “Alhamdulillah, Sampai Sekarang Orang Kenal Saya”

gempak
12/10/2024
05:07 MYT
Hampir tiga dekad dalam industri hiburan, pelakon Rita Rudaini mencipta sejarah apabila pertama kali merangkul trofi di Anugerah Bintang Popular ke-36 (ABP36) dalam kategori Aktres Pembantu TV Popular.
Hiburan

Lana Nodin Nasihat Fazura Jangan Buka Aib, Takut Efek Anak - “Esok Budak Tu Dah Besar, Tengok Malu Saja”

gempak
08/10/2024
06:55 MYT
Pelakon, Lana Nodin menasihatkan aktres Nur Fazura supaya tidak terus bercerita hal buruk mengenai bekas suaminya, aktor Fattah Amin.
Unitar