Pelakon Fikry Ibrahim tetap meneruskan impiannya menyambung pengajiannya dalam peringkat sarjana.

Menerusi laman sosial Twitter, Fikry memuat naik foto kad pelajar terbaru untuk tatapan umum.

“Kiri ke kanan?” tanya Fikry apabila berkongsi dua kad pelajar semasa pengajian di peringkat ijazah sarjana muda dan sarjana.

Memetik laporan Berita Harian, Fikry, 26, yang dahulunya menggenggam Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa (Kepujian) Pengiklanan dari Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA (UiTM) menyambung pengajian peringkat sarjana di universiti yang sama.

Left or right??

A post shared by Ahmad Fikry (@fikryibrahim) on

“Hasrat menyambung pengajian pada peringkat sarjana didorong kesedaran kepentingan ilmu. Saya percaya proses pembelajaran tidak akan pernah terhenti sampai bila-bila.

“Walaupun tanggungjawab kian bertambah, saya akan cuba membahagikan masa sebaiknya. Cuma, apa yang berbeza kali ini, saya boleh menyusun jadual memandangkan saya memilih melakukan penyelidikan,” katanya kepada Berita Harian.

Hasil tinjauan Gempak di ruangan Twitter, rata-rata wargamaya memberikan sokongan terhadap Fikry untuk menyambung pengajiannya.

Malah, ramai juga yang turut memuji penampilan kacak Fikry di dalam kad pelajarnya.

“Left! Semoga maju jaya Fikry,” ucap seorang wargamaya.

“Kiri ke kanan, awak tetap dalam hati saya,” kata seorang wargamaya.

“Selamat berjaya untuk pengajian master ni. Insya-Allah nanti PhD pulak,” komen seorang wargamaya lagi.