Laman Utama

PRU15: “Saya Terhutang Budi Pada Seluruh Rakyat Muar” - Berjaya Pertahan Muar, Syed Saddiq Ucap Terima Kasih

Mya Amri
20/11/2022
02:51 MYT
Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berjaya pertahankan kerusi Parlimen Muar pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Saddiq menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram dan Twitter miliknya juga merakamkan penghargaan kepada rakyat Malaysia kerana memberi peluang kepada beliau untuk kembali berkhidmat.
“Terima Kasih Muar kerana memberi peluang untuk kembali berkhidmat untuk anda semua.
“Saya terhutang budi kepada seluruh Rakyat Muar. Ia adalah satu keistimewaan dan penghormatan mutlak untuk berkhidmat kepada anda semua. Demi Muo,” tulisnya.
Terdahulu, keputusan itu menyaksikan Syed Saddiq memperoleh sejumlah 19,961 undi meninggalkan calon dari Perikatan Nasional (PN), Abdullah Husin, 18,616 undi serta calon Barisan Nasional (BN) Mohd Helmy Abd Latif yang meraih 14,581 undi.
Saddiq juga dilihat memperoleh majoriti undi sebanyak 1,345 sekali gus menyaksikan beliau mempertahankan Muar bagi penggal kedua.
Sebelum ini, Saddiq yang bertanding atas tiket Pakatan Harapan (PH) pada PRU14 yang lalu menewaskan penyandang kerusi ketika itu, Datuk Seri Razali Ibrahim (BN) dan Abdul Aziz Talib (Pas) dengan majoriti 6,953 undi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Tidak Tamat Triathlon, Syed Saddiq Mohon Maaf

gempak
10/07/2024
13:48 MYT
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengakui beliau tidak menghabiskan larian dalam perlumbaan 113 Triathlon Desaru Malaysia 2024 di Desaru, Bandar Penawar, Johor, Sabtu lepas.
Berita

Syed Saddiq Berjaya Tamatkan Larian Maraton 200KM, Tiba Di Parlimen Dari Muar Selepas 4 Hari

gempak
01/07/2024
06:19 MYT
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berjaya mengumpul kira-kira RM160,000, melepasi sasaran yang diletakkan menerusi misi 'Langkah Muar', sejak Jumaat lalu.
Viral

"Lagi 80KM, Paling Mencabar Dah Tak Rasa Kaki" - Syed Saddiq

gempak
30/06/2024
05:40 MYT
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman meneruskan 'Larian Muar' di sini dengan berbaki 80 kilometer (km) sebelum sampai di Parlimen.
Viral

Misi Langkah Muar: Syed Saddiq Raih RM55,000 Dalam Masa 24 Jam!

gempak
29/06/2024
04:25 MYT
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengumumkan yang dia telah berjaya meraih RM55,000 menerusi misi larian Langkah Muar sejauh 200 kilometer (km) yang dimulakan semalam.
Viral

Syed Saddiq Dedah Sebab Takut Nak Bercinta Di Zaman Sekolah

gempak
02/06/2024
23:55 MYT
Ini sebab kenapa Syed Saddiq takut nak bercinta ketika masih di bangku sekolah