Berita
PU Amin Beratur Sejam Masuk Masjid
Pencetus Ummah (PU) Amin akui sebak dan dalam masa yang sama seronok dapat menunaikan solat Jumaat di masjid hari ini.
Menurut PU Amin pengalaman pertama jejak masjid selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) merupakan satu kenangan yang tak dapat dilupakan.
“Alhamdulillah, rasa sebak dan seronok tak sangka dapat solat Jumaat.
“Masa beratur tadi ada orang tak lepas masuk masjid. Polis dan pegawai masjid buat kawalan ketat.
“Hati risau takut suhu badan naik sebab tunggu bawah terik matahari ni, beratur dekat sejam, ada warga asing merayu rayu-nak masuk tapi tak dapat juga, dalam hati ni Allah je tahu lepas ke tidak, semua berharap.
“Alhamdulillah dapat juga masuk solat Jumaat. Syukur sangat. Dulu tak rasa sangat macam ni.
Sekarang bila dapat masuk masjid nikmat sangat. Rindu bau masjid. Rindu ketenangannya. Rindu nak sujud dekat lantai masjid.
“Ya Allah terima kasih atas nikmat ini. Syukur Ya Allah. Harap harap lepas ni solat fardhu boleh kita ramaikan jemaah masjid.
“Jangan lupa isi duit dalam tabung masjid. Masuk banyak sikit, mana tahu rezeki jadi banyak lepas ni. Alhamdulillah berkat jumaat,” katanya.
Pendakwah bebas itu berkongsi pengalamannya ke masjid selepas Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan membenarkan semua masjid dan surau dibuka untuk mendirikan solat Jumaat, berkuat kuasa 3 Julai ini.
Must-Watch Video