Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

PU Riz Beri Pandangan Mengenai Perkongsian Di Laman Sosial - “Bila Kau Post Benda Agama, Orang Kata Ini Nak Tunjuk baik”

Asyikin Mayudin
20/08/2024 03:55 MYT
Pendakwah bebas, PU Riz atau Haris Ismail berkongsi pandangannya mengenai perkongsian seseorang itu di laman sosial menerusi platform Thread miliknya.

Jadi perhatian

Menerusi perkongsian itu, suami kepada selebriti dan usahawan Neelofa ini berkata apa saja yang dikongsikan di laman sosial sentiasa akan menjadi perhatian orang.

“Bila kau post benda agama, orang kata ni nak tunjuk baik. Lepas itu bila kau post fasal kereta, orang kata menunjuk.

“Lagi bila kadang kau post kau tengah bercuti, orang kata kau tak sensitif dengan keadaan. Orang akan selalu cakap ja apa dia nak. Tapi yang penting apa?

ARTIKEL BERKAITAN: PU Riz Titip Pesanan Untuk Lelaki Bakal Berkahwin - “Perkara Ini Juga Ada Ulama Kata Wajib & Sunnah Kata Mesti Dibuat”

ARTIKEL BERKAITAN: PU Riz Puji Masakan Neelofa, Nak Anak-Anak Makan Makanan ‘Homemade’ Saja - “Kalau Boleh Memang Nak elak…”

ARTIKEL BERKAITAN: "Sebagai Anak Saya Tentu Bangga" - Syarikat Bapa PU Riz Tersenarai 500 Syarikat Terbaik Malaysia

ARTIKEL BERKAITAN: Pembukaan Kedai Pertama Hadiah Istimewa Buat Peminat Neelofa & PU Riz - “Alhamdulillah, Perniagaan Yang Kami Usahakan Mendapat…”

“Yang penting kau post benda yang Tuhan izin pada diri kau. Yang cakap buruk dan selari dengan agama kau terima,” kongsi PU Riz.

Menerusi ruang komen, terdapat wargamaya yang beranggapan apa yang dikongsikan di laman sosial untuk kebahagian diri sendiri.

“Kita buat untuk diri kita… tak jadi kudis pun. Biar mereka cakap, yang penting kita bahagiakan diri kita. Positive vibe. Syukur. Alhamdullillah,” komennya.

#Neelofa #PU Riz #Sosial Media #Laman Sosial #perkongsian #Suami Neelofa #Perkongsian laman sosial