PU Riz Titip Pesanan Untuk Lelaki Bakal Berkahwin - “Perkara Ini Juga Ada Ulama Kata Wajib & Sunnah Kata Mesti Dibuat”
Asyikin Mayudin
09/08/2024 06:55 MYT
09/08/2024 06:55 MYT
Suami kepada selebriti Neelofa iaitu PU Riz atau Ustaz Haris Ismail menitipkan pesanan untuk golongan lelaki yang bakal mendirikan rumah tangga.
Sediakan Tempat Tinggal
Haris berkata lelaki perlu menyediakan tempat tinggal terlebih dahulu untuk bakal isteri sebelum berkahwin dan perkara itu juga ada disebut oleh Baginda Rasullah, Nabi Muhammad S.A.W.
"Nanti bila sudah kahwin, yang datang lebih besar adalah tanggungjawab. Yang datang lebih besar adalah nafkah yang perlu diberikan. Handsome kalau tak beri nafkah, tak guna juga.
"Kepada orang lelaki, apa yang sepatutnya dibuat sebelum kahwin? Nabi kata, ‘wahai lelaki, sebelum kahwin perlu sediakan tempat tinggal’. Tidak kira sewa atau beli, mesti sediakan tempat tinggal.
ARTIKEL BERKAITAN: Neelofa Tetap Suka ‘Blur’ Muka Anak, Belum Terfikir Kongsi Wajah Abdullah Abbas - “Saya Rasa Lebih Selesa Tak Tunjuk, I Like It!”
ARTIKEL BERKAITAN: PU Riz Puji Masakan Neelofa, Nak Anak-Anak Makan Makanan ‘Homemade’ Saja - “Kalau Boleh Memang Nak elak…”
ARTIKEL BERKAITAN: "Sebagai Anak Saya Tentu Bangga" - Syarikat Bapa PU Riz Tersenarai 500 Syarikat Terbaik Malaysia
ARTIKEL BERKAITAN: Pembukaan Kedai Pertama Hadiah Istimewa Buat Peminat Neelofa & PU Riz - “Alhamdulillah, Perniagaan Yang Kami Usahakan Mendapat…”
ARTIKEL BERKAITAN: Neelofa Tetap Suka ‘Blur’ Muka Anak, Belum Terfikir Kongsi Wajah Abdullah Abbas - “Saya Rasa Lebih Selesa Tak Tunjuk, I Like It!”
"Perkara ini juga ada ulama kata wajib dan ada sunnah kata mesti dibuat,” katanya yang berkongsi mengenai perkara itu menerusi sebuah hantaran di Instagram ketika dia menyampaikan ceramah di sebuah acara.
Allah Murka
Dalam pada itu, Haris berkata, Allah murka dengan golongan lelaki yang gagal menunaikan tanggungjawab sebagai suami.
"Sebab itu, zaman sekarang ada lelaki yang kahwin dengan isteri kaya kemudian dia kata ‘i’m so happy, living in the house tak perlu bayar apa-apa, hidup senang’, tetapi itulah kemurkaan Allah.
"Sebab tak faham apa yang disuruh Allah. Bila tak bahagia kemudia barulah nak persoal, sedangkan perkara yang pertama pun tidak dibuat,” ujarnya.
#Neelofa
#Suami
#Isteri
#Suami Isteri
#PU Riz
#Haris Ismail
#Suami Neelofa
#Golongan lelaki
#Lelaki nak kahwin