Viral

Punah Hati Bapa Ini Bila Anak Berusia Belasan Tahun Dinikahi Senyap-Senyap Oleh Guru Sekolah Pondok

gempak
Gempak
07/07/2024
04:55 MYT
Sponsor Banner
Punah Hati Bapa Ini Bila Anak Berusia Belasan Tahun Dinikahi Senyap-Senyap Oleh Guru Sekolah Pondok
Hati bapa mana yang tidak retak apabila mendapati anak gadisnya dikhabar bernikah dengan guru sekolah pondok, tempat anaknya itu menuntut ilmu.
Mat Rokim, 39, berasa sangat kecewa dan tidak menyangka guru berkenaan sanggup mengambil kesempatan ke atas anak gadisnya yang masih berusia belasan tahun.

Nikahi senyap-senyap

Lebih memburukkan keadaan, pernikahan yang tidak berdaftar dengan pejabat agama itu berlangsung pada 15 Ogos tahun lalu.
Mat Rokim hanya mengetahui tentang perkara berkenaan selepas orang kampung mula bercakap tentang anaknya yang dikatakan sedang hamil.
“Anak saya itu dikhabarkan hamil. Setelah itu saya didatangi saudara saya untuk memastikan apakah perkhabaran itu benar.
“Ternyata anak saya sudah bernikah. Orang tua mana yang tidak akan sakit… hancur hati saya,” katanya.
Difahamkan, sebelum bersetuju untuk berkahwin, gadis itu mendakwa yang suaminya telah menjanjikan kebahagiaan dan kesenangan hidup selain pemberian mahar bernilai 300,000 rupiah (RM 86).
Terbaharu, Mat Rokim lantang mendapatkan keadilan buat anaknya. Dalam masa sama, lelaki yang berkahwin dengan anaknya, Muhammad Erik kini berada di bawah pantauan polis atas pertuduhan nikah tanpa wali.

ARTIKEL BERKAITAN: Menyundal Dalam Kebun Sawit, Wanita Warga Asing Didenda RM2,800

ARTIKEL BERKAITAN: Pendaki Alami Sejuk Melampau Di Gunung Kinabalu, Diusung 8.5KM Untuk Rawatan

ARTIKEL BERKAITAN: Dr Khairul Hafidz Selar Dialog & Babak Drama Pendek Rendahkan Petugas Medikal, Netizen Rasa Macam Main Pondok-Pondok

ARTIKEL BERKAITAN: Leka Rakam Video, Remaja 14 Tahun Maut Dilanggar Kereta Api

ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar Sekolah Pondok Dipaksa Pecahkan Telefon Bimbit Dengan Penukul Sebab…

Terdahulu, anak Mat Rokim dikatakan selalu menghadiri kuliah agama Muhammad Erik di kawasan rumah mereka. Difahamkan, mungkin perkenalan antara mereka berputih dari situ.
Dalam masa sama, kedua-dua mereka tidak duduk serumah walaupun setelah berkahwin. Muhammad Erik dikatakan akan menghantar orang menjemput isterinya dan dibawa ke sebuah rumah lain bagi melakukan hubungan suami isteri.
Selain terkesan dengan apa yang terjadi, Mat Rokim sebagai bapa juga berdepan tohmahan orang ramai mengenai kehamlilan anaknya itu.

Muhammad Erik juga dikatakan ada bertemu Mat Rokim sekeluarga untuk meminta maaf. Namun Mat Rokim didakwa enggan memaafkan perbuatan tersebut.

Sumber: TikTok, TVOneNews
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live