Berita

Putera Harry Berbuka Puasa Di Singapura, Makan Kurma Dan Bubur

Rozaimi Zubaidi
05/06/2017
06:06 MYT
Foto pewaris takhta Diraja Britain, Putera Harry berbuka puasa dengan duta keamanan, Nazhath Fatheema sambil menikmati kurma dan bubur dalam sebuah majlis anjuran Jamiyah Singapura pada Ahad (semalam), mencuri perhatian netizen.
Rata-rata pengguna laman sosial kagum dengan sikap rendah diri Harry dan memuji putera kedua Prince Of Wales itu.
Kedatangan Harry ke Rumah Kanak-Kanak Jamiyah disambut sekumpulan pemain gendang Melayu dalam pakaian tradisional yang memainkan irama menggunakan kompang. Malah, beberapa kanak-kanak perempuan turut menabur kelopak bunga di laluan putera Britain itu semasa menuju ke persembahan demonstrasi silat.
Menurut laporan Daily Mail, beberapa minit sebelum waktu berbuka dan azan dilaungkan, Harry menundukkan kepala memberi penghormatan ketika Setiausaha Agung Jamiyah, Muhammad Rafiuddin Ismail, berucap dan memperingati tujuh mangsa yang terbunuh dalam serangan pengganas di London.
Jamiyah Singapura sebuah pusat komuniti yang menyediakan pelbagai khidmat bagi membantu memulihkan penagih dadah dengan menyediakan tempat tinggal kepada golongan tersebut.
Harry melawat Singapura untuk mengutip dananya, Piala Sentebale Polo pada Isnin.
Olahan Oleh: Rozaimi Zubaidi Sumber: Daily Mail
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Bollywood

Habiskan RM2.9 Bilion, 20 Juta Bunga, 37,500 Menu, Majlis Anant Ambani & Radhika 15 Kali Ganda Mahal Dari Perkahwinan Diraja Harry, Meghan

gempak
16/07/2024
15:40 MYT
Perkahwinan serba mewah anak orang kesembilan terkaya dunia, Anant Ambani dengan Radhika Merchant masih menjadi buah mulut.
Laman Utama

Dedah Dipukul Putera William, Hilang Teruna Usia Belasan Tahun, Biografi Putera Harry Laris!

gempak
11/01/2023
05:55 MYT
Biografi kontroversi milik Putera Harry berjudul Spare menjadi naskhah paling hangat dan ‘dikejar’ peminat
Laman Utama

Putera Harry Tuduh William Hina Meghan Markle, Pukul Dirinya

gempak
06/01/2023
05:55 MYT
Sebuah kejutan datang lagi dari Putera Harry.
Laman Utama

Putera Harry, Meghan Markle & Britney Spears Antara Senarai 100 Individu Paling Berpengaruh TIME

gempak
17/09/2021
12:20 MYT
Putera Britain, Putera Harry dan isterinya Meghan Markle merupakan antara individu yang tersenarai dalam 100 individu paling berpengaruh, majalah TIME.
Laman Utama

Putera Harry Dapat Baby Girl, Pilih Nama Lilibet Diana Sebagai Tanda Hormati Mendiang Puteri Diana

gempak
07/06/2021
14:47 MYT
Tahniah Prince Harry dan Meghan Markle.