Puteri Sarah Dakwa Syamsul Yusof Sudah Kahwin Di Thailand; “Lepas Itu Tak Mengaku?”
Kemelut rumah tangga yang sedang melanda pelakon Puteri Sarah dan Syamsul Yusof nampaknya semakin hangat diperkatakan.
Ini kerana, menerusi perkongsian terbaharu Sarah di Instagram Stories, dia mendakwa bahawa suaminya itu sudah pun mendirikan rumah tangga bersama pelakon Ira Kazar di Thailand.
Bagaimanapun, kata pemilik nama penuh Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 37, Syamsul tidak pernah membuat pengakuan mengenai perkara tersebut.
“Ramai tanya sarah pasal ini (perkahwinan Syamsul) dan ada juga tak puas hati.
“Sebagai isteri memang wajib taat pada suami, tapi suka ke bila tiba-tiba tahu dah kahwin dekat Thailand? Lepas itu tak mengaku?” katanya.
Sarah yang kini sedang bercuti di Jepun bersama anak-anak sejak minggu lalu turut mempersoalkan tindakan Syamsul yang ingin menyaman pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Perseketuan (JAWI) susulan dia mendakwa badan tersebut telah mengeluarkan maklumat palsu mengenai dirinya.
“By the way, nak saman JAWI itu dah betul-betul ke? Jangan terbalik pula jadinya.
“Saya tanya je. Ok lah nak sambung makan popcorn. Dekat Disneyland ini popcorn sedap!” katanya.
Terdahulu, Sarah meluahkan rasa ‘simpati’ ke atas nasib pihak ketiga dengan mengatakan seandainya dia sudah pun mendirikan rumah tangga bersama Syamsul, sudah pasti majlis perkahwinan diadakan seperti ‘cowboy’.
Malah, ibu kepada dua cahaya mata itu pernah meminta pengarah filem Mat Kilau itu untuk mengaku dan membuat pengumuman kepada orang ramai mengenai hubungannya bersama Ira Kazar.
BACA: “Tiber Nak Saman, Benda Baik Tu Baik Umumkan” - Puteri Sarah
BACA: Syamsul Yusof Nak Saman Jawi RM10 Juta? - “Mereka Telah Keluarkan Satu Kenyataan Fitnah…”
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.