ANTARABANGSA
Qabil Irfan Dan Hakim Danish Gah Di Kejohanan SIC MiniGP Pusingan 2
Qabil Irfan Azlan dan Muhammad Hakim Danish Ramli meraih kemenangan berturut-turut di Kejohanan SIC MiniGP Pusingan 2 yang berlangsung di Litar Kart Antarabangsa Sepang (SIKC) pada semalam.

Beliau meninggalkan pencabar terdekat, Adie Putra di tempat kedua dengan dan Awwal Haiqal di tempat ketiga.
Keadaan cuaca yang baik pada hari ini membantu Hakim Danish menggungguli Perlumbaan 1 dan Perlumbaan 2 dengan catatan masa 17 minit 04.229 saat dan 17 minit 01.706 saat bagi kategori 160CC.

Nasib tidak menyebelahi Farish Hafiy apabila penunggang bernombor 13 ini terbabit dalam kemalangan di selekoh pertama. Farish tidak dapat meneruskan perlumbaan bagi menerima rawatan dengan lebih lanjut di hospital.
Irfan Haykal menamatkan perlumbaan di tempat kedua dan Amirun Haziq di tempat ketiga pada Perlumbaan 1. Manakala pada Perlumbaan 2, Irfan beralih ke tempat ketiga dan tempat kedua menjadi milik Farres Putra.

Hakim Danish berkata, syukur kepada Allah SWT kerana memberinya semangat untuk menjadi juara pada pusingan ini.
“Perlumbaan 1 agak sengit jika dibandingkan dengan Perlumbaan 2. Saya berasa lebih selesa dengan jentera lumba dan prestasi saya juga meningkat.
Saya berharap agar dapat lakukan yang terbaik untuk pusingan yang akan datang,” katanya.

Must-Watch Video