Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Qistina Khaled Enggan Kejar Populariti Guna Kontroversi

Umirah Halim
19/07/2024 14:57 MYT
Pendatang baharu, Qistina Khaled makin giat melonjakkan namanya dalam industri seni lakonan.

Bagaimanapun, Qistina berpendapat dia tidak mahu mengejar kontroversi demi mencapai populariti dalam masa yang singkat.

Naikkan nama tanpa kontroversi

Malah, dia memaklumkan akan berusaha sehabis baik untuk mejaga namanya tanpa mencetuskan sebarang isu yang buruk.

ARTIKEL BERKAITAN: Nak Tonton Ke Kodiang With Love Dengan Barisan-Barisan Pelakon? Beli Ribena Untuk Berpeluang Memenangi Tiket Secara Eksklusif Ke Tayangan Drama

ARTIKEL BERKAITAN: Kaki Hampir Patah, Aisar Khaled Taubat Tak Nak Main Bola Sepak Dah - "Banyak Lagi Nak Pakai Kaki Ni"


“Saya mahu menjadi seorang pelakon yang terkenal sahaja tapi yang boleh memberi impak kepada penonton.

“Saya akan cuba naik tanpa kontroversi saya harap orang boleh terima. saya. Bukan dengan kontroversi atau buat hal sebab macam nanti orang kenal sebab itu sahaja.

“Mungkin ada yang berfikir kontroversi boleh bantu kita naik bagi saya tak nak orang kenal saya menerusi perkara yang buruk, kalau boleh saya nak naik dengan nama yang bersih dengan hasil kerja dan titik peluh saya,” katanya ketika ditemui pada majlis tayangan drama Ke Kodiang With Love di Mid Valley, Kuala Lumpur pada Rabu.

Dalam pada itu, disoal mengenai mengapa tidak mahu menggunakan kontroversi dalam kariernya, Qistina turut percaya dengan proses dan perjalanan kariernya yang dianggap masih baru dan panjang.

BERITA TRENDING:Dituduh Beri Harapan Palsu Kepada Pengikut, Aisar Khaled Mohon Maaf

BERITA TRENDING: Hampir Setahun Berkahwin, Intan Najuwa Umum


“Saya sudah 6 tahun dalam industri, saya percaya dengan proses bagi saya takpe kalau saya slow-slow naik daripada kita terus naik sebab kontroversi terus hilang dan orang lupa dah.

“Panjang lagi perjalanan saya dalam industri sebab saya baru 20 tahun,” ujarnya.

Saksikan Mini Series Ke Kodiang With Love yang dibawakan khas oleh Astro dengan kerjasama Ribena. Episod pertama bakal ditayangkan 5 April ini di laman web Astro Gempak.

Ke Kodiang With Love menampilkan lakonan pelakon kacak, Hun Haqeem, Qistina Khaled, Danish Hazriq serta juara Hero Dewi Remaja 2023, Aiman Ameer.

#Kontroversi #Populariti #Qistina #Kejar #khaled