Pempengaruh Aisar Khaled berdepan detik cemas dan menyakitkan ketika perlawanan bola sepak di Kedah pada hujung minggu lalu apabila mengalami kecederaan ketika di padang.

Dalam sepotong video yang dikongsikan di media sosial, Aisar yang sedang menggelecek bola sepak tiba-tiba dirempuh pihak lawan hingga menyebabkan kakinya hampir patah.

Terguling sejurus kejadian, Aisar dikejarkan ke klinik berhampiran untuk mendapatkan rawatan.

Bagaimanapun, difahamkan tulang kaki Aisar retak akibat perlanggaran kuat dengan pemain lawan hingga memaksanya terus bergegas pulang ke Kuala Lumpur.

"Saya tidak akan main bola lagi dah lepas ni. Banyak lagi nak pakai kaki ni," tulisnya di Instgram Stories.

BERITA TRENDING: Dituduh Beri Harapan Palsu Kepada Pengikut, Aisar Khaled Mohon Maaf

PILIHAN PEMBACA: Aisar Khaled Buat Hal Lagi… Demi Content, Sanggup Baring Tengah Jalan, Ganggu Lalu Lintas

Disebabkan insiden terbabit, ramai yang menitipkan doa agar segera sembuh selain berkongsi pelbagai tips dan petua.

"Saya berubat cara kampung, sangkal putung. Alhamdulillah, dengan izin Allah sihat walafiat," komen seorang warganet yang berkongsi keberadaan minyak terbabit di sekitar kawasan Sekinchan, Kuala Selangor.

"Boleh juga pergi di Selama jumpa tukang urut patah, dia urut sambil baca ayat Al-Quran," saran pengguna lain pula.

"Letak tangan pada tempat sakit then baca Bismillah 21x, al-Fatihah x3, selawat x7, 3 Qul x3 dan baca Ya Sami' Ya Bashir x100. Ni hanya amalan dan ikhtiar.. boleh buat air penawar juga insha'Allah," tambah warganet lain.

"Bang cuba makan ubat tulang angsa putih," komen individu lain pula.

A post shared by ☆ ??????????? ☆ (@aisar_khaledd)


PILIHAN PEMBACA: Video Berpeluk Aisar Khaled & Fify Azmi Jadi Kecaman Netizen - "Ajak Orang Lain Peluk Islam, Tapi Dia Peluk Perempuan"

BERITA TRENDING: Buat Video Ziarah Kubur Siti Sarah, Aisar Khaled Dikecam Netizen Lagi - “Tak Penat Ke Bodohkan Diri…