A.R Rahman Cerita Momen Nostalgia Jumpa Mendiang Michael Jackson, Hampir Rakam Lagu Bersama - "Sayangnya Dia Pergi Lebih Dahulu"
Gempak
09/07/2024 15:41 MYT
09/07/2024 15:41 MYT
Penyanyi dan komposer terkenal India, A.R Rahman berkongsi momen nostalgik bersama Raja Pop Dunia, mendiang Michael Jackson ketika hayatnya sekitar 15 tahun lalu.
"Kejadian ini berlaku pada tahun 2009, saya telah terbang ke LA. Pada masa itu, saya cuba nasib saya untuk berjumpa dengan mendiang Michael Jackson. Kemudian, saya ada ceritakan kepada kawan saya yang juga ejen yang menguruskan mendiang Michael.
"Selepas tiga minggu, kawan saya memberitahu kepada saya yang dia sudah hantar e-mel kepada mendiang tapi tiada respon. Selepas itu, saya tercalon dan untuk anugerah Oscar dan mendiang Micheal pun balas e-mel kepada kawan saya untuk bertemu dengan saya.
"Tapi, saya berkata yang saya enggan bertemu kalau saya tidak memenangi anugerah Oscar. Pada keesokan harinya, saya menang anugerah Oscar dan terus berjumpa dengan dia di rumahnya pada pukul 6:30 petang.
“Dia menjemput saya dengan pemandu peribadinya. Tiba saja saya di rumahnya, mendiang Michael Jackson buka pintu dengan memakai sarung tangan ikonik dan cermin mata.
“Kami banyak berbual topik seperti keamanan dunia, muzik dan paling mengejutkan dia siap menari depan saya. Itu perkara yang paling saya tidak akan lupa," ceritanya kepada peminat ketika sesi meet & greet di Menara PGRM, Kuala Lumpur pada Isnin.
"Selepas pertemuan itu, kami ada membuat perbincangan untuk berkolaborasi bersama. Lagu kami juga berkisarkan tentang isu iklim dunia sama seperti mesej lagu We Are the World yang dikeluarkan pada tahun 80-an
"Apapun yang saya buat, MJ kata dia akan turut serta. Tapi sayangnya dia pergi lebih dulu," tambahnya.
Sementara itu, pelbagai aktiviti menarik yang dilakukan A.R Rahman semasa perjumpaan bersama peminatnya baru-baru ini.
Antaranya persembahan tarian lagu-lagu terkenal dari Rahmaniac Malaysia dan cabutan bertuah untuk bergambar bersama A.R Rahman.
Untuk info, A.R Rahman dijadualkan menjayakan konsert jelajahnya di Malaysia pada 27 Julai di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Turut sama berkongsi pentas bersama A.R Rahman ialah Mano, Srinivas, Sri Rascol, Shweta Mohan, Shakthisree Gopalan, Blaaze, ADK, Ameen Rahman, Shubha Vedula, Shivang Sudhir Vaishnav, Hriday Deepak Gattani, dan Bhavin Navin Pushkama.
BERITA TRENDING: AR Rahman Tak Bersendirian, Ini Barisan Penyanyi Undangan Yang Akan Bersama-Sama Di Stadium Nasional Bukit Jalil 27 Julai Nanti!
Cerita A.R Rahman, mereka pernah bertemu dan hampir merakamkan lagu bersama-sama pada tahun itu."Kejadian ini berlaku pada tahun 2009, saya telah terbang ke LA. Pada masa itu, saya cuba nasib saya untuk berjumpa dengan mendiang Michael Jackson. Kemudian, saya ada ceritakan kepada kawan saya yang juga ejen yang menguruskan mendiang Michael.
"Selepas tiga minggu, kawan saya memberitahu kepada saya yang dia sudah hantar e-mel kepada mendiang tapi tiada respon. Selepas itu, saya tercalon dan untuk anugerah Oscar dan mendiang Micheal pun balas e-mel kepada kawan saya untuk bertemu dengan saya.
"Tapi, saya berkata yang saya enggan bertemu kalau saya tidak memenangi anugerah Oscar. Pada keesokan harinya, saya menang anugerah Oscar dan terus berjumpa dengan dia di rumahnya pada pukul 6:30 petang.
“Dia menjemput saya dengan pemandu peribadinya. Tiba saja saya di rumahnya, mendiang Michael Jackson buka pintu dengan memakai sarung tangan ikonik dan cermin mata.
“Kami banyak berbual topik seperti keamanan dunia, muzik dan paling mengejutkan dia siap menari depan saya. Itu perkara yang paling saya tidak akan lupa," ceritanya kepada peminat ketika sesi meet & greet di Menara PGRM, Kuala Lumpur pada Isnin.
BERITA TRENDING: Kuasa Di Hujung Jari Korang, Peminat Boleh Undi 40 Track Lagu Untuk AR Rahman Live In KL!
BERITA TRENDING: Gambar B*gel Michael Jackson Bakal Didedahkan Lepas 2 Lelaki Dakwa Jadi Mangsa Pedofil
BERITA TRENDING: Ibu Restu Anak Saudara Jadi Michael Jackson Dalam Biopik
Bagaimanapun, impian untuk merakamkan lagu bersama tidak dapat direalisasikan apabila pesohor dunia yang popular dengan lagu Billie Jean itu meninggal dunia pada Jun 2009."Selepas pertemuan itu, kami ada membuat perbincangan untuk berkolaborasi bersama. Lagu kami juga berkisarkan tentang isu iklim dunia sama seperti mesej lagu We Are the World yang dikeluarkan pada tahun 80-an
"Apapun yang saya buat, MJ kata dia akan turut serta. Tapi sayangnya dia pergi lebih dulu," tambahnya.
Sementara itu, pelbagai aktiviti menarik yang dilakukan A.R Rahman semasa perjumpaan bersama peminatnya baru-baru ini.
Antaranya persembahan tarian lagu-lagu terkenal dari Rahmaniac Malaysia dan cabutan bertuah untuk bergambar bersama A.R Rahman.
Untuk info, A.R Rahman dijadualkan menjayakan konsert jelajahnya di Malaysia pada 27 Julai di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Turut sama berkongsi pentas bersama A.R Rahman ialah Mano, Srinivas, Sri Rascol, Shweta Mohan, Shakthisree Gopalan, Blaaze, ADK, Ameen Rahman, Shubha Vedula, Shivang Sudhir Vaishnav, Hriday Deepak Gattani, dan Bhavin Navin Pushkama.
#Penyanyi
#Viral
#Konsert
#Michael Jackson
#Lagu
#India
#Tamil
#Pop
#Mendiang
#A.R Rahman
#Fan Meeting