Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

RADIO 360: Integrasi Teknologi Kumpul Maklumat, Data Lebih Komprehensif

Awani
15/08/2024 17:39 MYT
Astro Radio dengan kerjasama GFK memperkenalkan “RADIO 360”, satu langkah mentransformasi industri radio melalui integrasi teknologi kiraan pendengar dengan cara yang lebih meyakinkan dan terkini.

Menyesuaikan kandungan

Pengarah Astro Radio, Priya Dharshini Prabakaran berkata, dengan memanfaatkan pandangan pendengar secara komprehensif, ia sekali gus dapat membantu menyesuaikan kandungan yang disediakan dalam usaha memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada pendengar dan pengiklan.

RADIO 360 merentasi 11 stesen radio Astro yang boleh diakses di aplikasi SYOK termasuk Era, Sinar, Gegar, Hitz, Mix, My dan Raaga.

Melalui kaedah RADIO 360 ini, data yang dikumpulkan adalah lebih tepat dan khusus serta dapat membantu memahami kehendak pendengar dengan lebih mendalam, menawarkan maklumat bernilai buat pengiklan dan penyiar.

"Melalui data itu, kita boleh kesan apa pengguna nak dengar, apa yang pengguna suka. Dari situ kita boleh rangka kandungan yang dibuat khusus untuk memenuhi keperluan pendengar.


"Ia bukan saja untuk kebaikan pengiklan tetapi juga untuk pendengar, dari segi kita boleh bentuk isi kandungan mengikut kehendak pendengar.

"Kebiasaannya di radio, kita akan buat apa yang kita nak buat tetapi sekarang pendengar yang beritahu kita apa yang mereka mahu," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:Haziq Hussni & Shasha Nadira Gandingan Baharu, Kendali Segmen Petang ERA

ARTIKEL BERKAITAN:Giliran Ray Tinggalkan ERA Selepas 19 Tahun Berkhidmat

ARTIKEL BERKAITAN:Tampilkan Rupa & Bentuk Badan Yang Pelbagai, Penyampai Radio ERA Jadi Model Catwalk KLFW

ARTIKEL BERKAITAN:Lydia Menangis Terlalu Cintakan Tyzo, Pernah Luah Perasaan Mahu Berkahwin - "Dah 10 Tahun Saya Tak Berkawan Dengan Mana-Mana Lelaki"

ARTIKEL BERKAITAN:Saling Beringat Tentang Kesihatan, Jep Titip Pesanan Buat Angah Raja Lawak - “Aku Harap Ini Satu ‘Wake Up Call’ Untuk…


Tambahnya lagi, RADIO 360 akan memberikan data tanpa bertindih, membezakan antara pendengar FM dan penstriman digital untuk segmen penonton yang lebih meluas dan memastikan industri memperoleh kefahaman tepat mengenai tingkah laku pendengar radio FM dan digital.

Kerjasama dengan GFK juga akan menyediakan asas yang kukuh bagi perkembangan masa depan radio dan digital yang lebih baik melalui integrasi data tambahan, seiring dengan evolusi landskap penggunaan audio di Malaysia.

Sumber: AWANI

#Astro Radio #Radio 360
;