Laman Utama

Ragu-Ragu Bahan Dalam Ramen Di Pasaran? Ryzal Ibrahim Ajar Cara Kenal Pasti Unsur Khinzir

Asraf Aided
24/06/2021
13:50 MYT
Personaliti media sosial, Ryzal Ibrahim menerangkan cara-cara mengenalpasti bahan yang mengandungi unsur khinzir dalam ramen di pasaran.
Menurut Ryzal, dia tampil membuat penjelasan ekoran ramai yang bertanya kepadanya tentang perkara itu.
"Assalamualaikum, Hi semua.
"Memandangkan ramai yang tanya Ryzal produk ramen Korea itu ini halal ke tidak, macam mana nak tengok bahan mengandungi 'pork' biar saya explain dengan mudah," tulisnya sebagai kapsyen.
Ryzal kemudian menyenaraikan beberapa perkataan dalam Bahasa Korea dan menyarankan orang ramai memeriksa perkataan-perkataan itu di belakang bungkusan produk.
“돼지고기” Perkataan ni bermaksud “Pork Meat”.
"Tengok di belakang packaging mesti tak faham sebab semua bahasa Korea kan? Dimana pula label bahan-bahan? Kalau ada English Ingredients, lain cerita.
"Okay macam ni, di belakang ada satu label dalam kotak iaitu bahan-bahan (swipe left) saya dah bulatkan. Dan setiap produk Korea dalam label bahan tu ada perkataan “돼지고기”, maksudnya jangan lah beli kecuali korang non-muslim.
"돼지 (Dwaeji) maksudnya Khinzir.
"고기 (Gogi) maksudnya Daging.
"Manakala 쇠고기 (Sogogi) pula maksudnya Daging Lembu," jelasnya.
Dalam entri sama, Ryzal juga menjelaskan tentang produk yang tidak mengandungi unsur khinzir tetapi diproses di kilang yang menghasilkan makanan lain dengan menggunakan unsur tersebut.
Perkongsian itu mendapat perhatian ramai pengikut Ryzal.
Ada antara mereka berasa ragu dengan status halal sesetengah jenama ramen di pasaran.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Kembang Tekak Jumpa Ulat Dalam Mi Segera Popular, Netizen Kecewa - "Aduh, Dahlah Favourite Ramen Ni..."

gempak
24/02/2024
07:00 MYT
Sebuah hantaran seorang individu yang memaparkan foto beberapa ekor ulat yang didakwa dijumpai di dalam hidangan mi segera yang dijamahnya menarik perhatian netizen.
Hiburan

“Mula Mula Saya Tak Faham Kenapa Orang Kata Rindu…” - Maryam Sebak, Tak Sabar Nak Tunai Umrah

gempak
24/02/2024
03:55 MYT
Semoga dipermudahkan urusn ibadah Maryam.
Viral

Isu Hina Pakaian Tradisional Kaum Iban Sarawak, Ryzal Ibrahim Didenda RM10,000 - “Alhamdulillah, Semuanya Sudah Selesai”

gempak
21/02/2024
03:55 MYT
Alhamdulillah dah selesai.
Hiburan

Ramai Sebak Lihat Maryam Menangis, Suami Beri Kejutan Hadiah Birthday Pakej Umrah - “Bertuah Dapat Lelaki Yang Tepat”

gempak
20/02/2024
06:00 MYT
Maryam menangis dapat hadiah pergi umrah.
Viral

Lawatan Ryzal Ibrahim Ke ISTAC Cetus Perdebatan, Netizen Tanya Kenapa Macam Gereja?

gempak
13/02/2024
01:55 MYT
Lawatan pempengaruh dan pencipta kandungan, Ryzal Ibrahim ke International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC) menimbulkan ‘keraguan’ dalam kalangan netizen apabila rekaan dalaman institusi berkenaan dilihat persis rekaan dalam gereja