Viral

"Rahim Tu Macam Span Ke, Siapa Ajar?" - Dr. Amalina Betulkan Mitos Rahim Kembang Lepas Minum Air Sejuk

gempak
Amri Hassan
01/07/2020
15:23 MYT
Sponsor Banner
"Rahim Tu Macam Span Ke, Siapa Ajar?" - Dr. Amalina Betulkan Mitos Rahim Kembang Lepas Minum Air Sejuk
Pelatih pakar bedah warganegara Malaysia, Dr Nur Amalina Che Bakri menempelak pemahaman segelintir individu bahawa meminum air sejuk boleh menyebabkan rahim kembang.
Jelas Amalina, ais bukan menjadi punca hingga menyebabkan 'rahim kembang' ketika berpantang.
"Saya nak tanya, siapa yang ajar urat jadi kembang, rahim jadi kembang lepas minum air sejuk ni.
"Rahim tu macam span kah boleh serap air senang-senang? Berleluasa sangat dah ajaran ni... parah. Oh my biology!
"Apa yang anda makan dan minum akan masuk ke sistem pencernaan, bukan ke rahim. "Apa yang anda makan dan minum akan diproses di dalam sistem pencernaan sebelum diserap atau dibuang keluar sebagai air kencing atau najis.
"Suhu sejuk pula menyebabkan salur darah constrict bukan kembang.
"Itu sebab anda suka minum air manis. Makan dan minum banyak makanan manis, berboba-boba, lepas tu jadi “kembang”, hang salahkan ais?" kata Amalina.
Amalina tampil menjawab kenyataan pengguna media sosial yang mengaitkan keadaan rahim kembang apabila minum air sejuk terlalu banyak.
Justeru, nasihat Amalina agar memilih cara berpantang yang bersesuaian dan mengelakkan perkara yang memudaratkan.
"Apa-apa pun, buatlah yang terbaik untuk diri sendiri dan bayi.
"Boleh buat pantang mana yg sesuai, tinggalkan mana yang mudarat.
"Tetapi, pemahaman mesti betul. Saya mahu membetulkan pemahaman sahaja supaya orang kita mengetahui fakta yang sebenar supaya tidak mudah ditipu dan dimanipulasi," tambahnya.
Penerangan Amalina itu mendapat pelbagai reaksi netizen dan berkongsi kisah masing-masing.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024