HIBURAN
Rai 30 Tahun Dalam Industri Muzik, Konsert Violet Skies Siti Nurhaliza Di Arena Of Stars Genting Highlands Julai Ini!
Ratu industri muzik tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza, bakal meraikan tiga dekad kegemilangan seninya menerusi sebuah konsert istimewa bertajuk Violet Skies: Datuk Seri Siti Nurhaliza Live In Arena Of Stars, yang dijadualkan berlangsung pada 5 dan 6 Julai 2025, jam 8:30 malam di Arena of Stars, Resorts World Genting.
Konsert mega ini bukan sekadar persembahan biasa, malah menjadi simbol pencapaian luar biasa sepanjang perjalanan karier seni beliau yang penuh warna.
Dengan susunan lagu ikonik, vokal bertenaga serta persembahan yang dijanjikan bertaraf dunia, konsert ini pasti mengimbau memori dan mencipta pengalaman magis buat peminat setia dan pengikut baharu beliau.
Sebagai bintang tersohor Asia Tenggara yang telah menawan jutaan hati dengan bakat luar biasa, dedikasi dan konsistensi, Siti Nurhaliza dijangka membawa penonton menyelusuri perjalanan seni beliau selama 30 tahun menerusi rangkaian lagu-lagu yang telah mengukir sejarah dan meninggalkan kesan mendalam dalam industri muzik tanah air.

Tiket bagi konsert ini bakal mula dijual secara rasmi pada 30 April 2025, jam 3.00 petang, dan dijangka menjadi rebutan. Harga tiket bermula dari RM278 (PS4) sehingga RM768 (VIP). Ahli Genting Rewards Card turut berpeluang menikmati diskaun 10% untuk pembelian tiket kategori VIP, PS1, PS2 dan PS3 dengan pembayaran tunai, kad kredit, atau penebusan Mata Ganjaran Genting. Setiap pembelian juga akan dikenakan caj pemprosesan sebanyak RM4.00.
Violet Skies bukan sahaja menjanjikan persembahan memukau, malah menjadikan Resorts World Genting sebagai destinasi hiburan bertaraf dunia untuk meraikan detik istimewa bersama insan tersayang. Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan keunggulan seorang legenda industri muzik tanah air di pentas megah – satu malam yang pasti akan dikenang selamanya.
Untuk maklumat lanjut dan pembelian tiket, sila layari: www.rwgenting.com
Must-Watch Video