Seperti diketahui ramai peminat, aktor popular Zul Ariffin menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-35 hari ini.

Menerusi Instagram, Zul mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang telah memberi ucapan sempena hari istimewanya itu.

Dalam pada itu, Zul juga bersyukur kerana Allah SWT banyak memberi pengajaran dalam kehidupannya.

"Terima kasih semua untuk ucapan, saya sangat hargai. Saya telah lalui setahun yang penuh dengan jatuh bangun dan saya bersyukur kepada Allah kerana memberi kekuatan kepada saya melaluinya.

"Allah telah tunjuk siapa yang benar dan siapa yang tidak benar, siapa yang ada untuk saya dan siapa yang tidak, orang yang boleh saya percaya dan yang tak boleh percaya.

"Pengajaran telah dipelajari walaupun sukar, tiba masanya untuk menutup kisah lama dan membuka lembaran baru," coretnya.

Sementara itu, Zul juga mengatakan para peminatnya sentiasa menjadi tulang belakang dan tidak pernah gagal memberikan sokongan terhadapnya.

"Seperti biasa, para peminat saya menjadi tulang belakang dan percayakan saya, anda tidak pernah gagal dalam memberikan sokongan kepada saya.

"Saya ucapkan terima kasih dan akan tampil dengan lebih karakter, konten dan cerita untuk menemani anda semua di skrin," kongsinya lagi.

A post shared by zul_ariffin (@zul_ariffin)


Perkongsian itu semestinya mendapat perhatian dari wargamaya dan para pengikut Zul yang terus menulis ucapan dan mendoakan kebaikan untuk dirinya.

Dapatkan berita terikini, cepat dan mudah, langgan saluran Telegram Gempak!

Dah undi artis kegemaran di AME2021? Klik banner di bawah untuk mengundi.