Pelakon Puteri Aishah teruja apabila pengikutnya di akaun Instagram (IG) peribadi miliknya kini sudah mencecah 1 juta.

Puteri bersyukur serta mengucapkan terima kasih kepada semua pengikutnya.

“Alhamdulillah…Thank you for 1M followers! Kiss kiss for you all,” tulisnya.

Menerusi kemas kini tersebut, Puteri memuat naik fotonya bersama belon berbentuk 1M sebagai cara meraikannya.

Entri tersebut turut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata mengucapkan tahniah kepadanya.

Pun begitu, di sebalik kegembiraan itu ada juga segelintir yang beri ingatan kepada pelakon tersebut.

“Lepas tu kena hack,” komen salah seorang pengikutnya.

“Di dunia boleh pengikut sampai 1 juta tapi di akhirat 1 pengikut je yang akan ikut kita balik iaitu amalan,” ingatan dari salah seorang warga maya.

Kerjaya Puteri Aishah bermula selepas menjadi salah seorang peserta Dewi Remaja 2013/2014.

Sejak itu, Puteri telah membintangi beberapa drama TV termasuk Akulah Balqis, Kahwin Muda, Cinta Roller Coaster dan banyak lagi.

A post shared by Ms. Puteri Aishah (@puteriaishahofficial)