Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Raja Azura Sudah Berhijab - “Saya Lakukan Dengan Ikhlas…”

Gempak
14/08/2024 21:55 MYT
"Jangan buat kerana nak kelihatan cantik, tapi lakukan kerana Allah," kata pengacara, Raja Azura, 52, mengenai keputusannya untuk berhijab selepas pulang mengerjakan ibadah haji, Julai lalu.

Raja Azura atau lebih mesra disapa sebagai Kak Engku berkata, perubahan dilakukan atas pilihan diri sendiri yang sudah semakin meningkat usia.

"Apabila sudah sampai waktu, kita berubah menjadi seorang yang lebih baik.

"Kita semua makin lama makin meningkat usia. Saya tidak seperti orang lain yang mendapat mimpi dibakar sebelum memilih untuk bertudung.


"Saya lakukan dengan ikhlas kerana Allah dan sedar menutup aurat ini adalah tanggungjawab dan wajib kepada diri saya," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Doakan yang terbaik


Menurut Raja Azura, dia mengaku sudah puas dengan imej yang digayakan sebelum ini dan memohon orang ramai mendoakan perkara yang baik kepada individu lain belum bertudung.

"Saya sudah lalui macam-macam dalam hidup ini. Kita semua melalui proses kehidupan tidak kira baik atau buruk.


"Kalau ada dalam kalangan kita belum bertudung, jangan menyalahkan individu itu kerana mereka juga milik Allah.


"Setiap orang akan melalui pelbagai dugaan dalam hidup. Jika tiada ujian, tidak mungkin mereka mampu menjadi seorang yang matang.

"Jadi, kena selalu berfikiran positif untuk orang lain. Belum tentu yang sudah bertudung itu hatinya baik, jadi perbetulkan diri sebelum nak istiqamah," jelasnya.

Dalam pada itu, Raja Azura turut meluahkan rasa teruja apabila berpeluang mengerjakan haji buat kali kedua bersama ibu tercinta, tahun ini.

BERITA TRENDING: Nadhir Nasar Simpan Impian, Mahu Arahkan Filem Box Office

BERITA TRENDING: [VIDEO] Dakwaan Hamil Anak Sulung, Marissa Dania & Aslam Kunci Mulut

BERITA TRENDING: Eman Manan Tiada Alasan Hadkan Diri Untuk Berlakon, Syukur Diberi Kesihatan Baik – “Setakat Ini Tiada Ubat Yang Perlu Saya Makan”

BERITA TRENDING: Luah Rasa Sayang, Ibu Titip Doa Untuk Shila Amzah Sempena Hari Lahir - “Serta Umur Yang Menjadi Kesempatan Untuk Rajin Beribadah…”


Katanya, jemputan mengerjakan rukun Islam kelima itu adalah sesuatu yang tidak disangka-sangka, sekali gus memberi kejutan kepada ibunya yang sudah berada di Tanah Suci lebih awal.

Sumber: Harian Metro

#Bertudung #Hijab #Haji #Kak Engku #Raja Azura