Perkarangan kediaman Tan Sri SM Salim mula dipenuhi rakan-rakan artis yang datang menziarahi penyanyi lagenda yang kini sedang tenat.
Antara rakan artis yang hadir menziarah sejak malam tadi ialah penyanyi tersohor, Datuk Jamal Abdillah, Datuk A.Rahman Hassan, Pengarah Muzik Datuk Ramli MS, Datuk Acis dan Fauziah Nawi serta ramai lagi.
Menurut laporan Harian Metro Jamal mendapat khabar itu menerusi khidmat kumpulan WhatsApp, hari ini.
"Ketika sedang bermesyuarat saya dimaklumkan mengenai perkhabaran ini sekitar jam 7 malam tadi daripada pengarah Datin Paduka Shuhaimi Baba dalam kumpulan WhatsApp kami yang terdiri beberapa artis veteran lain.
"Sudah lama saya tidak bertemu dengan beliau. Kali terakhir ketika saya diundang ke konsert beliau bersama Saleem sekitar 20 tahun lalu," katanya.
Jamal yang pernah berduet dengan beliau menerusi Lagu Zaman berkata, penyanyi veteran itu adalah seorang penulis lirik yang hebat dan disegani ramai.
"Menerusi lagu itu beliau menulis lirik secara spontan dan saya sangat menghormati beliau sebagai seorang penyanyi lagenda yang berbakat besar dan merindui tulisan lagu beliau yang penuh mesej dan bermakna,"katanya.
Sementara itu, penyanyi era 60-an, Datuk A Rahman Hassan berkata, kali terakhir dia bertemu S M Salim bulan lalu.
"Ketika berpeluang melawat keadaan kesihatannya ketika itu masih boleh duduk dan berbual.
"Namun petang tadi saya dimaklumkan keadaannya sudah tenat dan sudah tiada harapan.
"Saya dan SM Salim memang rapat sejak dahulu . Lagi pula kami berkongsi tarikh lahir yang sama,"katanya.
Sumber Berita/Foto: Harian Metro
Fiza Kamarudin
Wed Dec 28 2016
"Cubalah Tanya Ruhainies" - Bella Astillah
Bella juga enggan mengulas apabila diminta mengulas mengenai kemunculan Aliff dalam temubual di satu podcast di Singapura, baru-baru ini.
Paderi Curi Duit Tabung Gereja RM19,000 Main Candy Crush, Pokémon Go
Seorang paderi di Pennsylvania, Amerika Syarikat berdepan hukuman selepas didapati mencuri duit tabung gereja untuk membuat transaksi secara atas talian.
Faisal Halim Disimbah Cecair Dipercayai Asid, Muka & Kepala Cedera
Malaysia dikejutkan pula dengan insiden pemain bintang Selangor FC, Faisal Halim yang cedera di muka dan badan dipercayai akibat disimbah asid.
Afifah Nasir Kini Isteri Syed Hariz!
Pelakon Afifah Nasir selamat bergelar isteri kepada jejaka pilihannya, Syed Hariz pada petang Ahad.
Awal Ashaari Dilantik Wajah Usanita 2024, Bakal Hoskan Program Bual Bicara 15 Episod - "Kita Mahu Sajikan Content Yang Segar & Berinspirasi"
Usanita bakal memperkenalkan program bual bicara yang akan dikendalikan bersama pengacara popular Awal Ashaari.
"Saya Tak Takut Dibenci Penonton Kerana Watak Jahat" - MK K-Clique
Watak Bono dalam filem Rebel : Berontak Untuk Berotak menampilkan sisi berbeza penyanyi dan pelakon MK K-Clique
1.6 Juta Peminat Banjiri Konsert Percuma Madonna, Cipta Sejarah Lebih 4 Dekad
Madonna mencetak sejarah apabila lebih satu juta penonton membanjiri tapak konsert percuma yang dilakukannya di Brazil bersempena dengan persembahan terakhir dalam The Celebration Tour.
Lagi Individu Sama Dakwa Rossa Sera Kacau Suami Orang - “Sesiapa Tinggal 'Area' Tempat Rossa Tolonglah Telefon JAIS”
Nama bekas isteri Shuk Sahar, Rossa Serra menjadi perbualan hangat baru-baru ini apabila didakwa menjadi orang ketiga sehingga merosakkan rumah tangga sepasang suami isteri.
"Syasya Akan Ikut Suami Sambung Belajar Ke Luar Negara" - Rozie Othman
Nenek kepada bekas anggota kumpulan Dolla, Syasya Rizal iaitu pelakon Rozie Othman memaklumkan cucunya bakal berangkat ke luar negara bersama suaminya untuk menyambung pelajaran pada Jun nanti.
Orang Kaya India Habiskan RM102 Juta Untuk Kahwin, Mariah Carey Jadi Artis Undangan
Kisah perkahwinan megah dan mewah orang kaya India ‘kembali’ lagi.