Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Raline Shah Minta Ibu & Bapa Carikan Jodoh : “Saya Tinggal Pilih”

Maliah Surip
11/09/2024 14:50 MYT
Aktres Indonesia, Raline Shah terkenal bukan hanya kerana bakat lakonan tetapi kejelitaannya.

Meski beberapa kali dilaporkan pernah mempunyai kekasih, Raline tidak pernah mendedahkan identiti lelaki yang mengisi hatinya.

BERITA TRENDING: Difitnah Netizen Dirinya Pro Isr**l, Raline Shah: “Kita Harus Realistik, Doa Pada Allah”

Dalam temubual sebuah podcast, bintang filem Polis Evo 2 itu tidak menyembunyikan kenyataan pernah bercinta dan kecundang sebelum ini. Salah satu sebabnya dakwa Raline kerana tidak mendapat restu ibu dan bapa.

Kini pada usia 39 tahun, Raline masih belum mempunyai kekasih. Dan belajar dari pengalaman lalu, pelakon itu mengatakan dengan usia yang tidak lagi muda dia menyerahkan pilihan lelaki yang akan menjadi calon suami kepada ibu dan bapanya.

“Dulu saya pernah bercinta tapi tidak direstui. Sekarang biar mereka (ibu dan bapa) saja carikan jodoh untuk saya,” katanya seperti dilaporkan Viva.co.id.

Meski demikian lelaki yang dicarikan ibu dan bapa juga belum tentu dipersetujui olehnya.

“Dulu bila saya perkenalkan teman lelaki mereka tidak setuju. Jadi sekarang jika mereka kenalkan calon kekasih kepada saya, saya yang akan pilih. Saya nilai sama ada saya suka atau tidak,” katanya.

BERITA TRENDING: Raline Shah Dikritik Kerana Kenyataan ‘Atas Pagar’ Terhadap Kemelut Di Gaza

BERITA TRENDING: Lahir Dari Keluarga ‘Kayangan’, Raline Shah Tak Pernah Terima Sokongan Termasuk Duit

BERITA TRENDING: Bukan Kaleng Kaleng, Raline Shah Mengaku Bawa Pesawat Jadi Hobi Baru

#pelakon #Kahwin #Indonesia #Raline Shah #Jodoh #Parents
;