HIBURAN
Ramai Berhutang Tapi Tak Bayar, Zizan Razak Tetap ‘Husnuzon’ - “Dari Kejar Macam Pengemis Lebih Baik Saya…”
Pelakon dan pengacara Zizan Razak mendedahkan dia berdepan dengan kerugian mencecah jutaan ringgit selepas menjadi mangsa penipuan beberapa pihak yang dipercayai telah mengambil kesempatan terhadap dirinya.
Ada yang hilangkan diri lepas pinjam duit
Lebih mengecewakan, Zizan atau nama sebenarnya Mohd Razizan Abdul Razak mendakwa ada beberapa individu yang menghilangkan diri selepas diberikan pinjaman kewangan."Tapi bila minta bayaran semula mereka terus hilang, nilai mencecah jutaan juga. Untuk orang seperti saya nilai itu memang besar,” katanya kepada Gempak."Yang isu scam itu bukan bisnes baju Melayu tapi perniagaan sebelum-sebelum ini. Sebelum ini ada yang nak pinjam duit, ada juga yang nak jalinkan perniagaan dengan saya.
Zizan berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sesi sidang media Tayangan Perdana Ramadan Raya Astro 2025 yang diadakan di The Ground, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
ARTIKEL BERKAITAN:Zizan Razak ‘Punca’ Kedai Makan Tak Jadi Tutup - “Saya Tak Bayar Langsung & Dia Pun Tak Minta Percuma”
ARTIKEL BERKAITAN:Wajah Disunting Guna AI Untuk Promosi Judi, Ini Respons Zizan Razak - “Kenapa Orang Tu Pilih Muka Saya..”
ARTIKEL BERKAITAN:Hadiahkan Ibu Kereta Mewah, Zizan Razak Tak Ada Niat Nak Menunjuk – “Material Bukan Keutamaan”
ARTIKEL BERKAITAN:Ibu Menangis, Zizan Buat Kejutan Hadiahkan Kereta Mercedes Idaman - “Terus Sebak…”
ARTIKEL BERKAITAN:Netizen Puji Zizan Tak Berkira Dengan Adik Beradik- “Bahagia Je Tengok Muka Abang Dia Senyum Dapat Hadiah Motor”
Tak simpan dendam
Tambah Zizan, mereka yang sukar untuk membayar hutangnya itu bukanlah orang asing sebaliknya individu yang dikenalinya.Bagaimanapun, pelakon filem ‘Polis Evo 3’ ini memaklumkan dirinya tidak menyimpan dendam sebaliknya menyerahkan kepada Allah SWT untuk membalas segala perbuatan mereka."Yang rapat pun ada, tak rapat pun jadi rapat sebab duit. Saya harap apa yang berlaku bukan dengan niat tapi tidak tahulah bila telefon tidak diangkat berbeza dengan awal-awal berkenalan dan mengajak berniaga."Saya tetap bertanya tapi tidak mengemis. Dari kejar macam pengemis lebih baik saya memilih terus berkerja kerana Allah masih beri rezeki dan peluang,” ujarnya.
Ujar Zizan, dia yakin individu yang tidak membayar hutang itu tidak akan mampu untuk hidup dengan tenang.
"Alhamdulillah saya masih tersenyum, mungkin ada kesilapan dari saya punca berlaku perkara sebegini, mungkin juga Allah nak uji saya dan dia.
"Saya lihat orang seperti ini tidak senang pun, kalau senang pun tak tenang. Saya tahu tidur mereka tak lena,” katanya.
Must-Watch Video