,
Hiburan

Wajah Disunting Guna AI Untuk Promosi Judi, Ini Respons Zizan Razak - “Kenapa Orang Tu Pilih Muka Saya..”

Umirah Halim
28/08/2024
07:55 MYT
Pelakon dan pelawak, Zizan Razak mengesahkan video tular yang menggunakan kecerdasan buatan (AI) bagi meniru suara dan wajahnya untuk mempromosikan perjudian dalam talian tersebut adalah palsu.

"Itu bukan saya" - Zizan

Zizan atau pemilik nama penuh Mohammad Razizan Abdul Razak mengakui terkejut apabila wajahnya digunakan oleh scammer demi mengaut keuntungan peribadi.
“Saya pun terkejut kenapa orang itu memilih muka saya untuk promosi benda begitu.
“Saya memang dapat banyak mesej orang bertanya betul ke itu saya, itu bukan saya.
“Secara jujurnya, saya tak akan promosi judi kalau benda yang melibatkan cabutan bertuah pun saya sangat teliti.
“Sebab dia menjuruskan ke arah judi, takkan saya nak ajak orang judi, saya pun tak main judi,” katanya ketika ditemui Gempak.
Sementara itu, pelakon Polis Evo 3 itu turut memaklumkan dia telah membuat laporan secara dalam talian namun video tersebut masih bertebaran di dalam internet.
“Saya dah buat report tapi video tersebut masih ada, belum hilang sepenuhnya.
“Laporan polis saya belum buat lagi, saya hanya buat setakat laporan menerusi dalam talian, tetapi saya rasa orang pun tahu, peminat sayatahu itu bukan saya dan itu adalah AI,” tambahnya lagi.
BERITA TRENDING: Dari Jadi Gangster Hingga Ke Polis, Ini 5 Watak Filem Zizan Razak Paling Ikonik!
BERITA TRENDING: Baru Tengok Trailer Dah Pecah Perut, Netizen Rindu Gabungan JoZan - “Confirm Riuh Satu Panggung”
BERITA TRENDING: JoZan Is Back! Peminat Tak Sabar Nak Tengok Filem Gabungan Duo Pelawak Popular - “Tak Fasal Saya Nak Kena Tunggu Lama…”
BERITA TRENDING: Penangan Nama Di Ending Kredit Deadpool & Wolverine, Zizan Terkejut Orang Mula Beri Gelaran Supehero - “Saya Keluar Pergi Kedai Makan..”
Dalam pada itu, aktor berusia 40 tahun itu juga mengigatkan orang ramai supaya tidak terpedaya dengan sindiket penipuan yang menggunakan kecerdasan buatan (AI) itu.
“Jadi saya nasihatkan jangan klik, mereka memang licik la jangan la buat benda ini jangan la menipu orang, dah la berjudi lepastu ambil pula muka saya untuk promosi benda itu,” katanya lagi.
Terdahulu, tular sebuah video memaparkan wajah dan suara Zizan yang telah diubah suai menerusi AI deepfake digunakan untuk mempromosikan judi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Astro Guna AI Untuk Wujudkan Keterlibatan Positif Di Media Sosial Bersama Pelakon Project; Exit, Mierul Aiman & Shasha Abedul

gempak
13/11/2024
07:58 MYT
Astro mengumumkan inisiatif baharu menggunakan kekuatan Artificial Intelligence (AI) dengan kerjasama pelakon Project; Exit, Mierul Aiman dan Shasha Abedul.
Hiburan

Zynakal Enggan Ambil Pusing Muka Sering Jadi ‘Bahan’ Kutukan - “Saya Sedar Saya Bukan Zayn Malik”

gempak
05/10/2024
04:02 MYT
Penyanyi Zynakal menyatakan dirinya tidak terasa hati apabila wajahnya sering menjadi bahan kutukan segelintir pihak.
Gaya Hidup

Pertama Di Malaysia! Pereka Fesyen FM Group Gabung Teknologi AI Dalam Pertunjukan Fesyen Kebaya - "Kami Akan Guna Konsep Sama Dalam ..."

gempak
04/10/2024
05:30 MYT
Meskipun fesyen moden semakin popular, busana tradisional Melayu tetap kekal istimewa dan semakin diminati oleh generasi muda.
muzikal-lawak-superstar-4

MLS4: Lawak Kumpulan Sarkas Menjadi, Dinobatkan Sebagai ‘Gempak Superstar Of The Week’ Minggu Kedua

gempak
29/09/2024
18:55 MYT
Dengan latar belakang lokasi pilihan Mercu Tanda dan lagu hits, kumpulan Sarkas yang dianggotai oleh Acap S, Shashic dan Danial Zainal dinobatkan sebagai Gempak Superstar Of The Week pada minggu kedua Muzikal Lawak Superstar 4 (MLS4) pada malam Ahad.
Filem

Baik Punya Ah Long: Chew Kin Wah Syukur Ditawarkan ‘Job’ Sewaktu Pandemik - “Shoot Filem Ini Bukan Mudah..”

gempak
18/09/2024
12:25 MYT
Umum mengetahui, sewaktu pandemik, para pemain industri seni hiburan tempatan tidak kira sama ada pelakon, penyanyi, pengarah sehinggalah kru belakang tabir ‘diharamkan’ bekerja mencari rezeki.
Unitar