,
kaharKaplaHighCouncil

Ramai Dah Tak Sabar! Aedy Ashraf, Sky Iskandar, Khenobu & Thompson Goh Dipilih Pegang Watak Dalam Filem Kahar Kapla High Council

Mya Amri
11/06/2024
17:30 MYT
Astro Shaw mengumumkan pemilihan aktor Aedy Ashraf untuk membawakan watak Beja, serta model dan bakat baru iaitu Sky Iskandar sebagai Megat yang akan digandingkan dengan Amir Ahnaf untuk filem prekuel kepada siri fenomena, High Council iaitu Kahar Kapla High Council.
Selain itu, dua watak lain turut dipilih menerusi sesi uji bakat adalah Thompson Goh sebagai Li dan Khenobu sebagai Jojo.

BERITA TRENDING: “MasyaAllah Suara Kapla Merdu Weh” - Terpegun Dengar Bacaan Al-Quran, Ramai Nak Jadikan Amir Ahnaf Suami

BERITA TRENDING: [FOTO] High Council Cipta Fenomena, Sesi Finale Viewing Party Meriah! Dah Macam Meet & Greet Artis Korea

Rentetan fenomena High Council

Menurut Penerbit Eksekutif Filem Kahar Kapla High Council merangkap Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad, pihaknya telah merangka strategi pemasaran dan publisiti khusus untuk memberi keterujaan kepada penonton dan peminat.
“Selepas Astro Shaw mengumumkan penghasilan filem Kahar Kapla High Council pada awal tahun ini, kami telah merangka strategi pemasaran dan publisiti khusus untuk memberi keterujaan kepada penonton dan peminat.

“Rentetan daripada fenomena luar biasa siri premium High Council, kami mahu peminat turut terlibat dan menjadi sebahagian filem ini.

“Inisiatif pertama adalah buat julung kali kami membuka peluang kepada peminat menerusi sesi uji bakat dan yang kedua pula adalah memperkenalkan Lesen High Council.

“Alhamdulillah lebih 1,000 calon telah menghadiri sesi itu, termasuklah Aedy Ashraf, Sky Iskandar, Thompson Goh serta Khenobu.
“Kami juga telah mengumumkan nama-nama yang terpilih sebagai watak sokongan. Pemilihan mereka berdasarkan ciri-ciri dan keserasian yang menepati dengan apa yang kami mahukan.
“Kami berani mempertaruhkan gandingan muka-muka baru dan amat yakin dengan kemampuan serta bakat mereka yang boleh digilap,” jelasnya.
Kahar Kapla High Council yang diarahkan oleh pengarah drama premium Anchor SPM iaitu Razaisyam Rashid dijangka menemui penonton pada hujung tahun ini.
Skrip Kahar Kapla High Council ini pula ditulis oleh pasukan Astro Shaw yang diketuai oleh pengarah High Council, Anwari Ashraf bersama salah seorang penulis High Council, Luqman Alhakim Sheikh Ghazali.
Kahar Kapla High Council adalah prekuel kepada drama premium High Council dan masih mengekalkan pelakon utamanya iaitu Amir Ahnaf sebagai Kahar.

BERITA TRENDING: “Saya bangga, Tak Kisah Nak Panggil Ayam” – Naim Daniel Ucap Terima Kasih, Watak Dalam High Council Dihargai

BERITA TRENDING: Sambut Baik Kehadiran Mierul Aiman & Amir Ahnaf Dalam Industri, Aedy Ashraf Akui Tak Tergugat

Ikuti info dan pengumuman lanjut tentang filem ini menerusi akaun media sosial Astro Shaw dan Astro Gempak.
Gunakan #KaharKaplaHighCouncil untuk berkongsi tentang filem ini di media sosial anda.

Korang dah tengok filem pilihan nombor satu di GSC, The Experts?

Kalau belum, filem tempatan pecah panggung ini masih mendominasi pawagam tanah air. Jom, tonton The Experts di pawagam berhampiran korang hari ini.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Filem

Trailer Baru Keluar Tapi Ramai Yang Dah Tak Sabar Nak Tonton Filem Don Dukun – “Zul Ariffin Dengan Ropie, Mesti Berdekah Ni”

gempak
25/09/2024
13:55 MYT
Biarpun trailer baharu saja dikeluarkan, rata-rata pencinta filem tempatan seakan tidak sabar untuk menantikan filem komedi paling pecah perut tahun ini, Don Dukun.
Peraduan

Gempak Movie Night Out: Tiket Tayangan Perdana Filem Joker: Folie A Deux

gempak
25/09/2024
10:00 MYT
Jom sertai GMW Giveaway sekarang!
Filem

”Dulu Tangkap Polis, Sekarang Jadi Dukun” - Ramai Tak Sabar Nak Tengok Sisi Lain Zul Ariffin Dalam Don Dukun

gempak
24/09/2024
05:55 MYT
Selepas menjadi seorang polis dalam Sheriff, kini aktor Zul Ariffin bergelar seorang dukun pula. Biar betul?
Hiburan

Sanggup ‘Terbang’ Sekali Seminggu Untuk Kelas Berlakon, Syamim Freida Syukur Terima Tawaran Filem Produksi Indonesia - “Ini Untuk Growth Saya..”

gempak
23/09/2024
11:55 MYT
Sempena 10 tahun dalam industri seni, pelakon, Syamim Freida sanggup ‘terbang’ ke negara seberang demi menimba ilmu lakonan.
Hiburan

Filem Masyarakat Kelabit 'Tegkang' Menang Lift-Off Sessions, Bakal Bersaing Di London!

gempak
22/09/2024
10:53 MYT
Tegkang, sebuah filem Malaysia yang mengisahkan kehidupan di dataran tinggi Bario, Sarawak, telah dipilih sebagai pemenang sesi untuk Anugerah Pembikin Filem Baru Terbaik di First-Time Filmmaker Showcase, sebahagian daripada acara berprestij Lift-Off Sessions.
BorakSeeni