Laman Utama
Sambut Baik Kehadiran Mierul Aiman & Amir Ahnaf Dalam Industri, Aedy Ashraf Akui Tak Tergugat
Sejak kebelakangan ini, industri hiburan di Malaysia dilihat cukup meriah dengan ‘kelahiran’ pelakon-pelakon baharu.
Hal ini bukan sahaja dilihat sebagai satu perkembangan yang sihat, malah memberi warna berbeza dalam kalangan penggiat seni.
Aktor popular, Aedy Ashraf menyambut baik perkembangan ini, termasuk kehadiran dua pelakon baharu, Amir Ahnaf dan Mierul Aiman.
Kongsi Aedy, dunia hiburan memerlukan pelapis baharu dan dua individu ini mempunyai kualiti lakonan yang baik untuk perkembangan industri yang sihat.
Tambah pelakon Tentang Bulan itu, dia juga tidak tercabar dengan Amir dan Mierul, sebalklnya mahu bersaing dengan mereka secara sihat.
“Satu perkara yang bagus apabila pelakon-pelakon baharu seperti Mierul dan Amir muncul dalam industri sebab kita memang perlukan pelapis yang sangat berbakat macam mereka.
"Saya anggap kehadiran mereka sebagai satu pesaingan yang sihat, bagus untuk memberi warna dalam industri hiburan kita.
“Sekarang pun saya dah beralih ke watak yang lebih dewasa. Sungguhpun tak pernah lagi bekerja dengan mereka, tapi saya tahu mereka berdua sangat berbakat. Mereka tu kawan kepada kenalan saya juga,” katanya.
Dalam masa sama, Aedy turut memberitahu yang dia sedang mempersiapkan diri untuk begelar pengarah dan penerbit.
“Mustahil untuk saya menyanyi atau melawak… saya akan kekal dalam industri sebagai pelakon. Insya-Allah pada masa akan datang sebagai pengarah dan penerbit untuk beberapa filem pendek jenama saya sendiri,” katanya lagi.
Must-Watch Video