Gelagat lucu pelakon Awal Ashaari sewaktu menghadiri majlis perkahwinan Neelofa dan PU Riz mendapat perhatian netizen.

Menerusi akaun Instagram miliknya, Awal berkongsi hantaran terbaharu yang merakamkan santapan yang dihidangkan buat tetamu.

Namun apa yang menarik perhatian ramai adalah kapsyen gurauan yang ditulis Awal itu agak melucukan netizen.

“Kalau semua nak upload cerita nikah Lofa dengan Haris, habis siapa nak upload cerita kita dapat makan apa? Kan?”, tulisnya.

A post shared by Awal Ashaari ® (@awalashaari)


Menerusi ruangan komen, rata-ratanya mengiyakan pertanyaan Awal selain terhibur dengan video pendek yang dikongsinya.





BACA: Menu Butir Nako, 4 Tan Bunga Ros Segar, Ini 10 Momen Sewaktu Majlis Perkahwinan Neelofa & PU Riz

Majlis pernikahan Noor Neelofa dan Haris Ismail berlangsung dalam suasana yang sangat indah.

Diadakan di Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur, Neelofa sah bergelar isteri kepada Haris dengan sekali lafaz sekitar pukul 11.43 semalam.