Laman Utama
Ramai Heart Broken Bila Ibu Latif Romly Bagitahu Anaknya Dah Berpunya & Bakal Kahwin!
Jika sebelum ini nama anak jati Perlis, Abdul Latif Romly mendapat perhatian ramai kerana perubahan wajah yang semakin matang, kali ini beliau sekali lagi menjadi sebutan selepas ibunya mendedahkan jaguh lompat jauh itu sudah berpunya.
Gara-gara berita tersebut, ramai gadis ‘patah hati’ dan menyifatkan gadis yang menjadi pilihan Latif itu bertuah.
“Untunglah siapa yang jadi isteri Latif. Pandai bersukan, kacak pula tu…”
“Ala….dia dah nak kahwin pula. Heart broken.”
“Dah lah kacak, setia pulak tu. Kawan dari zaman sekolah lagi tu. Semoga apa yang dirancang menjadi kenyataan dan dipermudahkan Latif,” antara reaksi warga net di laman sosial.
Terdahulu Kosmo! melaporkan Ibu Latif, Salmah Yatim, 64, mendedahkan anaknya sudah merancang untuk mendirikan rumah tangga pada 2025.
Latif yang sudah mengenali teman wanitanya sejak di bangku sekolah itu bagaimanapun tidak akan menamatkan zaman bujang dalam masa terdekat kerana mahu memberi tumpuan dalam sukan dan menyasarkan untuk menyertai Sukan Paralimpik di Paris pada 2024.
Apatah lagi dia baru berusia 24 tahun dan perjalanan kariernya masih jauh.
“Latif rancang kahwin pada 2025 kerana buat masa ini dia masih nak tumpukan kepada sukan terlebih dahulu. Kalau ikutkan saya, 2025 pun masih rasa Latif terlalu muda lagi untuk berkahwin.
“Namun, kami tidak ada halangan sebab keluarga pun sudah lama saling mengenali antara satu sama lain.
“Dia pun ada cakap yang lepas acara Sukan Paralimpik di Paris, baru akan merancang untuk berumah tangga,” katanya ketika ditemui rumahnya di Taman Emas, Beseri.
Pada kelmarin, Abdul Latif menutup tirai Sukan Paralimpik 2020 meraih pingat emas dalam acara lompat jauh T20 (masalah pembelajaran) di Stadium Olimpik, Tokyo.
Must-Watch Video