Ramai Kata Cringe Dengar Meerqeen Cakap Indonesia, Tuan Badan Tak Marah - “Saya Hanya Ada Masa Lima Hari Untuk Belajar”
Mya Amri
10/09/2024 08:25 MYT
10/09/2024 08:25 MYT
Pelakon, Meerqeen tidak cepat melatah apabila ada yang mengkritik percubaannya bertutur dalam bahasa Indonesia menerusi drama dari seberang berjudul Modus Operandi.
Lima hari untuk belajar bahasa Indonesia
Meerqeen atau nama sebenarnya Muhammad Shameer Shauqeen, 23, berkata pada ketika itu dia hanya mempunyai masa selama lima hari sahaja untuk belajar bahasa itu.
“Saya berada di sana selama dua minggu, karakter lakonan pula menuntut saya untuk bertutur sepenuhnya dalam bahasa Indonesia.
“Watak itu tidak ada darah campuran atau apa, jadi saya belajar cakap bahasa ibunda Indonesia pun lebih kurang lima hari.
“Bagi saya, untuk menjadi sebahagian pelakon dalam karya ini, untuk bertutur bahasa Indonesia dalam masa lima hari adalah satu langkah berani pada saya,” katanya ketika ditemui Gempak.
Perbaiki pertuturan
Dalam pada itu, Meerqeen berkata untuk memperbakai pertuturannya, dia juga mula mempelajari bahasa Indonesia.
“Macam yang saya katakan, apa sahaja yang saya lakukan akan jadi bualan orang. Mereka boleh cakap apa sahaja yang mereka mahu.
“Sekarang ini saya dah belajar bahasa Indonesia supaya boleh bertutur dengan lancar. Sebenarnya bila saya tengok lakonan saya itu pun saya gelak juga.
“Jadi tak mustahil lah kalau orang lain pun nak gelak, jadi begitulah. Saya tidak ambil kelas tetapi belajar dengan orang sana yang kebanyakannya kawan-kawan saya,” jelasnya.
ARTIKEL BERKAITAN:“Saya Hanya Idamkan Trofi Oscar, Itu Impian Saya” - Meerqeen
ARTIKEL BERKAITAN:Meerqeen Perjelas Dakwaan Bercuti Di Bali Bersama Ameera Khan - “Saya Tak Tahu Dia Berada Di Sana”
ARTIKEL BERKAITAN:Pernah Kena Buli Siber, Meerqeen Ambil Inisiatif Tak Endah Komen Negatif - “Saya Rasa Lebih Baik Saya Diam”
ARTIKEL BERKAITAN:SPM 9A, Team Ragbi & Hadiah Kereta Antara Perkongsian Menarik Meerqeen Tentang Adik
Terdahulu, Meerqeen perhatian netizen di media sosial selepas percubaannya bertutur dalam bahasa Indonesia menerusi drama negara seberang itu disifatkan sebagai pelik dan tidak menjadi.
Malah netizen mengatakan lontaran dialog Meerqeen masih jelas kedengaran slanga bahasa Melayu dan sedikit kekok.