Ramai Kecewa Tak Sempat Nak Rasa, Gerai Burger Disinggah IShowSpeed Kena Sita - “Harap Abang Tabah, Semoga Ada Lokasi Baru”
Mya Amri
03/10/2024 08:31 MYT
03/10/2024 08:31 MYT
Gerai burger tular yang pernah disinggah oleh penstrim terkenal Amerika Syarikat iaitu IShowSpeed kini telah disita oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Ditutup sementara waktu
Berita itu dimaklumkan oleh pemilik gerai tersebut menerusi hantaran di Insta Story @bobsburgerbangsar.
Menurutnya, gerai tersebut akan ditutup buat sementara waktu dan segala perkembangan terbaharu akan diberitahu kelak.
“Bob’s Burger tutup sementara berikutan kedai kita diambil oleh DBKL, info terbaharu kita akan update di sini dan juga WhatsApp. Terima kasih atas sokongan semua,” maklumnya.
Dalam pada itu, di media sosial, rata-rata netizen meluahkan rasa kecewa kerana tidak sempat merasai makanan viral itu selain berharap gerai tersebut akan dibuka dilokasi baru.
Antara komen yang diterima adalah:
Terdahulu, Bob’s Burger di Bangsar menjadi tular selepas IshowSpeed mencuba burger di gerai tersebut dan membayar RM357 untuk sebiji burger.