,
Laman Utama

“Ramai Orang Tak Gemar Kecacatan Dibuat Main” - Azmi Saat Tak Kecil Hati Dengan Jihan Muse

Asyikin Mayudin
18/10/2023
02:55 MYT
Vokalis Caliph Buskers, Azmi Saat memberitahu dia tidak tersinggung dengan gurauan pengacara Jihan Muse melibatkan nama bapanya ketika program All Stars Gegar Vaganza (ASGV) Ahad lalu.
Mengakui Jihan sudah memohon maaf kepadanya, Azmi bagaimana pun berkata sensitiviti masyarakat juga harus diambil kira agar tidak menyinggung mana-mana pihak yang menonton.
“Waktu mula-mula Jihan cakap tu, saya berada di belakang pentas dan dapat merasakan impak di sebalik gurauan itu. Pernah terjadi sebelum ini apabila nama ayah dibawa main, maka terus jadi kecoh.
“Tapi dalam hati saya tiada rasa marah atau apa, sebab memang saya kenal Jihan. Malah, Jihan juga ada menghantar mesej kepada saya memohon maaf mengenai kesilapannya itu.
“Cuma kita perlu belajar juga, gurauan sebegitu memang sensitif dalam masyarakat kita. Malah, setiap orang bangga dengan nama ayah, jadi jika dibawa main, orang memang kurang suka,” katanya.
BACA SINI: Belum Terima Bayaran Penuh, Caliph Buskers Kongsi Momen Ada RM10 Untuk Makan - “Kalau La Dia...
Pada minggu keempat ASGV lalu, Azmi tampil sebagai rakan duet kepada penyanyi Azharina menyampaikan lagu Pupus.
Selain Jihan, gurauan Nabil Ahmad juga menimbulkan rasa kurang senang segelintir warganet yang berpendapat mereka mempersendakan golongan Orang Kurang Upaya (OKU).
“Sebenarnya gurauan sebegitu dengan orang yang kita kenal memang tiada masalah. Contohnya seperti saya dengan Nabil, saya dengan Jihan memang tak ada masalah.
“Tapi memang saya tak boleh nafikan apabila terjadi pada umum, penerimaan orang ramai memang tidak suka OKU dipermainkan. Atau pun, rakan-rakan saya berkata kalaulah orang normal tu tahu macamana susah jadi OKU mesti tidak sampai hati nak bergurau begitu.
“Jadi ramai orang tidak gemar kecacatan orang dibuat main. Tapi sejujurnya saya sendiri, dengan orang-orang yang saya kenal memang tiada masalah cuma bergurau di tempat awam, pasti ramai tidak suka,” katanya.
Terdahulu pada program itu, Jihan dan Nabil seperti mempersenda nama bapa Azmi dengan menyebut berapa Saat diperlukan untuk satu minit.
Malah, mereka juga turut bertanya bagaimana Azmi datang ke program pada malam itu.
"Nak tanya Azmi, datang ke sini naik apa? Memandu ka?," kata Jihan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
gegar-vaganza-11

GV11: Nai Dinamik Pernah Buat Keputusan Untuk Tinggalkan Dunia Hiburan - “Saya Balik Ke Sarawak Untuk Beri Fokus Kepada Keluarga”

gempak
14/11/2024
03:55 MYT
Nai yang juga merupakan peserta Gegar Vaganza musim ke-11 (GV11) menjelaskan keputusan yang dibuatnya itu adalah untuknya memberi tumpuan kepada keluarga dan juga agama.
gegar-vaganza-11

GV11: Reshmonu Teruja, Sahut Cabaran Nyanyikan Lagu Dangdut - "Itu Memang Susah, Saya Pun Tak Dengar ..."

gempak
11/11/2024
03:55 MYT
Sebagai penyanyi, Reshmonu memandang GV ini merupakan satu konsep pertandingan yang serius berbanding program, Masked Singer yang pernah dia sertai dahulu.
gegar-vaganza-11

GV11: Ambil Cuti Tanpa Gaji & Tak Minum Ais Langsung, Fairuz Selamat Cabar Diri Mahu Bolos Ke Final – “Kita Dah Lama Tak Menyanyi, Bagilah Peluang”

gempak
10/11/2024
08:50 MYT
Penyanyi Fairuz Selamat mengakui penyertaannya dalam program realiti nyanyian popular Gegar Vaganza musim ke-11 (GV11) adalah peluang terbesar dalam karier nyanyiannya.
gegar-vaganza-11

Nama Disebut-Sebut Sertai GV11, Anis Suraya Enggan Lagi Terlibat Dalam Industri Hiburan & Pertandingan - “Maaf Jika Ada Yang Masih Menunggu”

gempak
10/11/2024
04:50 MYT
Penyanyi Anis Suraya akhirnya tampil memberi respons selepas namanya menjadi sebutan ramai untuk menyertai program realiti nyanyian popular Gegar Vaganza musim ke-11 (GV11) baru-baru ini.
the-chosen-one-musim-2

The Chosen One 2024: "Syukur & Tak Sangka..." Kiki Fateha Terkejut Dinobat Sebagai Juara The Chosen One Musim Kedua

gempak
09/11/2024
00:30 MYT
Tampil dengan persembahan yang cukup memukau, peserta The Chosen One 2024, Kiki Fateha berjaya merangkul gelaran juara The Chosen One musim kedua malam tadi.
Unitar