KELUANG MAN
Ramai Puas Hati Layan Keluang Man Di Astro First - “Tujuh Kali Tengok Kat Wayang, Sambung Kat Rumah Pula!”
Filem superhero ikonik negara, Keluang Man kini ditayangkan di Astro First.
Seronok tengok Keluang Man
Apa yang menjadikannya lebih istimewa adalah penonton kini boleh menikmatinya dengan selesa di rumah sendiri, pada bila-bila masa dan secara berulang kali.Lebih menyeronokkan, ramai yang berkongsi menonton Keluang Man di rumah memberikan suasana yang lebih santai dan mesra keluarga.
Filem ini sesuai ditonton oleh semua lapisan umur, daripada ibu bapa yang membesar dengan siri animasinya pada tahun 90-an, sehinggalah ke generasi baharu yang mungkin pertama kali berkenalan dengan watak superhero tempatan ini.
Antara komen yang diterima adalah:


Keluang Man bukan hanya satu percubaan menghidupkan semula nostalgia, tapi ia juga memberikan pengalaman sinematik keluarga yang kini lebih mudah diakses melalui Astro First.
Keluang Man kini menemui penonton di platform Astro First menerusi saluran 480 dan On Demand serta sooka bermula 10 Julai 2025 dengan harga hanya RM15.
Untuk maklumat lanjut dan cara-cara pembelian Astro First di Astro, layari www.support.astro.com.my.
Manakala, sewa Astro First di sooka menerusi laman website https://sooka.my/tab/movies
Must-Watch Video