HIBURAN
Ramai Selebriti ‘Buat Muka’, Rossa: “Hak Peribadi & Ikut Bajet…”
Datuk Sri Rossa berpendapat seseorang selebriti atau individu berhak melakukan pembedahan wajah atau operasi plastik asalkan ia tidak merubah ciptaan Allah secara drastik.
BERITA TRENDING: Rossa Tak Anggap Konsert Melly & Krisdayanti Sebagai Persaingan - “Saya Rasa Setiap Penyanyi Mempunyai….”
Pada hemat Rossa, seseorang yang melakukan pembedahan plastik pasti memiliki alasan tersendiri.
“Zaman sekarang bukan hanya selebriti tapi orang biasa juga sudah ramai melakukan pembedahan plasitik.
“Menurut saya itu (pembedahan plastik) terpulang kepada hak peribadi. Mungkin ia bersifat perawatan misalnya ketidak samaan mata sehingga membuat seseorang tidak nyaman atau menganggu kesihatan atau tidak yakin terhadap penampilan.
“Saya peribadi berasa tidak salah ya. Kecuali melakukan sesuatu yang berlebihan seperti memancungkan hidung yang sudah mancung,” ulas Rossa panjang lebar.
Pelantun Hey Ladies itu juga mengatakan: “Ini (pembedahan plastik) hak peribadi dan terganggung pada bajet masing-masing.”
BERITA TRENDING: Rossa Paling Suka Tart Nanas & Habiskan Masa Bersama Keluarga Waktu Raya - “Lebih Mudah Buat Bbq Sama-Sama”
BERITA TRENDING: Rossa Nafi Berlebihan Di Pentas Bersama Jackson Wang - “Itu Hanya Untuk…”
Namun ibu seorang anak itu menegaskan agar pembedahan plastik yang dilakukan tidak berlebihan sehingga merubah ciptaan Allah SWT.
“Apa yang penting jangan berlebihan dan tidak merubah ciptaan Allah SWT secara drastik,” pesannya lagi.
Rossa juga mengaku sebagai selebriti timbul rasa sedih apabila masyarakat kadang kala lebih memberi tumpuan kepada penampilan artis berbanding karya yang dihasilkan.
“Jika dalam dunia hiburan memang tidak dinafikan ada tekanan yang datang sehingga ada yang membuat keputusan melakukan pembedahan plastik.
“Kadang dikeji masyarakat tapi kami kena terima walaupun sedih. Padahal apa yang lebih kami harapkan adalah penerimaan karya,” katanya.
Dalam pertemuan sama, Rossa juga memberitahu sangat menghormati golongan yang tidak melakukan pembedahan plastik kerana pada akhirnya ia adalah tentang pilihan.
Sementara itu Rossa kini giat mempromosikan Konsert Here I Am yang bakal berlangsung di Axiata Arena Kuala Lumpur pada 14 Jun ini.
Menyifatkan konsert tersebut sebagai sebuah apresiasi terhadap diri sendiri, Rossa juga ingin meraikan kehadiran banyak bintang baharu yang berpotensi besar.
Selain membawa Ariel, beberapa bintang tempatan termasuk MK Clique, peserta One In a Million dan Ernie Zakri akan berkongsi pentas bersama diva Indonesia itu.