Laman Utama

"Ramai Yang Tak Mengundi Saya Tapi..."- Eizlan Yusof Reda

gempak
Syafiqah Jalal
21/11/2022
02:33 MYT
Sponsor Banner
"Ramai Yang Tak Mengundi Saya Tapi..."- Eizlan Yusof Reda
Pelakon Datuk Seri Eizlan Yusof reda apabila tewas di Parlimen Sabak Bernam pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) baru-baru ini.
Malah Eizlan Yusof mengucapkan terima kasih kepada pengundi kerana memberi peluang kepadanya untuk mengenali penduduk di situ.
"Saya dengan tulus ikhlas ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh penduduk terutamanya pengundi-pengundi di Sabak Bernam.
"Walaupun tidak banyak yang saya capai, tapi cukup untuk saya menyatakan kegembiraan sepanjang kempen PRU15, dapat bertemu dan berkenalan dengan pelbagai lapisan masyarakat di Sabak Bernam.
"Saya gembira menjadi salah seorang peserta dalam sistem demokrasi Malaysia yang semakin subur," katanya.
Pelakon drama popular awal tahun 2000, Astana Idaman itu berkongsi luahan hatinya di akaun Instagram miliknya.
Eizlan yang mewakili Gerakan Tanah Air (GTA) di bawah Pejuang hanya mampu meraih 460 undi apabila kerusi Parlimen Sabak Bernam dimenangi calon Perikatan Nasional (PN), Kalam Salam dengan majoriti 5,056 undian.
Meskipun tak meraih banyak undi namun Eizlan akui seronok timba pengalaman.
"Ada yang mengundi saya, ramai yang tidak mengundi saya, tapi perkenalan dengan penduduk-penduduk Sabak Bernam, kehadiran saya disambut dan diraikan oleh anda semua, merupakan suatu pengalaman serta kenangan yang tidak akan dilupakan.
"Anda telah memilih dalam sistem demokrasi. Saya mengucapkan selamat maju jaya kepada semua," ucapnya lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live