Skip to main content
Advertisement

Hiburan

Kilauan Emas Selebriti 2026: “Saya Tak Pandai Nak…” - Khaty Azian

Kilauan Emas Selebriti 2026: “Saya Tak Pandai Nak…” - Khaty Azian

Sekilas

  • Khaty Azian mengaku kesilapan sewaktu menyampaikan lagu Tragedi Buah Apel berpunca daripada kelemahan dirinya sendiri dan bukan barisan pemuzik.
  • Dia menjelaskan bidang nyanyian berbeza dengan lakonan yang sudah menjadi kepakarannya dan memerlukan masa untuk belajar dan menyesuaikan diri.
  • Persembahan Khaty dan Mubarak Majid terhenti pada minggu keempat, dengan keputusan diumumkan dalam segmen Piring Lagu Berbisa (PLB).
Advertisement

Bintang Kilauan Emas Selebriti (KES), Khaty Azian kesilapan sewaktu menyampaikan lagu Tragedi Buah Apel pada konsert minggu keempat berpunca daripada kelemahan dirinya sendiri.

Menurut Khaty, dia sama sekali tidak menyalahkan barisan pemuzik kerana menyedari mereka merupakan individu yang pakar dalam bidang masing-masing.

Advertisement

"Saya tak salahkan pemuzik, mereka pakar dalam bidang mereka yang tak pakar adalah saya sebab saya tak pandai nak match dengan muzik itu.

"Saya mungkin tak pandai nak ikut, waktu latihan dengan orang lain tetapi live pula dengan orang lain. Jadi kesilapan saya mungki saya tak pandai nak mengikut tempo muzik itu," katanya.

Jelas Khaty, situasi tersebut berbeza dengan bidang lakonan yang sudah menjadi kepakarannya dan dilakukan secara lebih spontan selepas bertahun-tahun berada dalam industri.

"Saya profesional dalam bidang lakonan, Kalau nak menangis, automatik boleh menangis.

"Ini bukan bidang saya, jadi saya kena ambil masa betul-betul untuk belajar. Belajar-belajar, tetapi Kakak tak mampu untuk mengikut. Bukan salah mereka, salah Kakak sendiri,” ujarnya.

Mengulas lebih lanjut, Khaty berkata keadaan ketika persembahan secara langsung itu turut menyebabkan dirinya hilang fokus apabila terlalu banyak bunyi dan elemen muzik yang didengari pada satu-satu masa.

"Saya masa itu dengar macam banyak benda. apa macam mana ini? Drum? saya jadi tertanya-tanya, ‘Mana tempo aku?’

"Saya dengar muzik itu cuma terlalu banyak benda, itu sahaja," tambahnya.

Sekadar info, perjalanan Khaty Azian dan Mubarak Majid terhenti minggu keempat.

Keputusan itu diumumkan semasa segmen Piring Lagu Berbisa (PLB). 

Turut berada di tangga tiga terbawah ialah Fazlina Ahmad Daud.

Anda mungkin berminat dengan

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Must Watch Video

Advertisement