Sekilas
- Ameera Khan menafikan menerima gelang daripada bekas kekasihnya, Jefri Nichol, dalam jawapan di Instagram.
- Ameera juga mendedahkan dia menggunakan kad kredit sendiri untuk membayar bil ketika berjanji temu dengan Jefri.
- Jefri menjelaskan dia mahu membayar balik wang tersebut dan menggantikan dengan gelang Van Cleef, tetapi Ameera tidak mahu menerimanya.
Personaliti media sosial, Ameera Khan menafikan telah menerima gelang daripada bekas kekasihnya yang juga aktor popular Indonesia, Jefri Nichol.
Ameera berkata demikian ketika menjawap pertanyaan seorang individu di Instagram.
“Adakah itu gelang yang dikatakan?,” komen seorang individu.
“Hmm, saya tak pernah pun dapat gelang itu,” balas Ameera.

Di ruangan komen yang sama, rata-rata terkejut dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh adik kepada pengacara terkenal, Neelofa.
Terdahulu, tular rakaman video siaran langsung memaparkan Ameera mendedahkan dia menggunakan kad kredit sendiri untuk membayar bil setiap kali berjanji temu dengan Jefri.
Bagaimanapun, pelakon Ali Topan itu menafikan dakwaan kononnya dirinya telah menghabiskan wang bekas kekasihnya yang juga personaliti media sosial, Ameera Khan.
Menurut Jefri, dia sememangnya mahu membayar wang berkenaan namun Ameera tidak mahu menerimanya.
“Ketika itu saya masih di Dubai dan mahu beli sesuatu untuk dia. Kad kredit saya sudah mencapai had, jadi saya gunakan kad kredit dia terlebih dahulu.
“Saya mahu pindahkan semula wang kepadanya, tetapi dia tidak mahu menerimanya. Akhirnya, saya gantikan dengan gelang Van Cleef,” jelasnya.