Seekor kuda di Amerika Syarikat, Frederik The Great, diiktiraf sebagai kuda paling tampan di dunia.

Kuda tular ini diiktiraf kerana memiliki susuk badan yang tegap, berwarna hitam berkilat, berambut panjang dan pantas berlari.

Nama Frederik diambil bersempena dengan nama seorang pemimpin Rusia yang telah memerintah dari tahun 1740 hingga 1786.

Selain itu, Frederik juga terkenal dengan beberapa nama jolokan seperti Real-life Black Beauty, Storybook Stallion dan Fabio of Hoses.

Disebabkan ketampanannya juga, kuda ini telah menerima tawaran untuk membintangi beberapa buah filem.

Menariknya lagi, Frederik juga memiliki jadual kerja yang ketat kerana perlu membintangi banyak jenis iklan.

Malah pendapatan Frederik juga mencecah hingga lebih RM100,000 sebulan.

Seperti mengetahui populariti dan ketampanannya, Frederik akan bergaya seolah-olah seperti seorang model sebaik sahaja jurufoto profesional bertindak membidik aksi-aksinya.

Di sini Gempak kongsikan foto-foto menarik Frederik.







Sumber: Facebook Mustafa Ibnu Malik / theguardian.com