Hiburan

Rambut Panjang Dituduh Lesbian, Bila Pendek Dilabel Pengkid Pula - Ardell Aryana

gempak
Ahmad Shah
04/10/2016
04:31 MYT
Sponsor Banner
Rambut Panjang Dituduh Lesbian, Bila Pendek Dilabel Pengkid Pula - Ardell Aryana
Pelakon Ardell Aryana akui dirinya sering dilabel sebagai seorang pengkid kerana gaya dan imejnya yang menyerupai lelaki.
“Saya potong rambut pendek bila dapat tawaran berlakon watak ‘tomboy’ dalam drama Aku Bukan Bimbo jadi bermula pada situ mereka kata saya pengkid.
“Bukan saya tak pernah berambut panjang, pernah tapi saya tetap juga dilabel sebagai lesbian.
“Kalau rambut panjang dituduh lesbian, bila pendek dilabel pengkid pula jadi saya nak buat macam mana? Terpulanglah pada persepsi masing-masing.
“Saya seorang yang agak sempoi dan sukakan aktiviti lasak, mungkin disebabkan karakter saya yang agak kasar selain gemar memakai t-shirt dan seluar Jeans membuatkan mereka labelkan saya seperti itu,” katanya ketika ditemui pada sidang media rancangan Extreme Roadtrip baru-baru ini.
Sementara itu, mengulas mengenai dakwaan yang mengatakan dirinya bergaduh kerana berebutkan seorang wanita, pelakon berusia 26 tahun itu menafikan tuduhan tersebut.
“Bila masa saya bergaduh? Saya pun tak tahu dari mana datangnya khabar angin tersebut.
“Saya tak bergaduh pun apatah lagi kerana rebutkan seorang wanita, saya layan semua peminat sama rata, tidak lebih dan tidak kurang.
“Biarlah mereka nak kata apa, sebenarnya saya dah lali pun dengan tuduhan negatif seperti itu. Jadi lebih baik saya abaikan saja,” ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Ardell merupakan salah sorang selebriti yag terlibat dalam rancangan Extreme Roadtrip yang bersiaran setiap Sabtu di Astro Bella (saluran 133) dan Astro Mustika HD (saluran 134) bermula pada 1 Oktober lalu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live