Laman Utama

Rampas Justin Bieber Dari Selena Gomez, Hailey: “Saya Dibesarkan Lebih Baik Dari Itu”

Maliah Surip
29/09/2022
13:55 MYT
Tidak pernah terlepas daripada dilabel sebagai perampas, model, Hailey Bieber akhirnya berbicara tentang hubungan dengan suaminya, Justin Bieber yang merupakan mantan bintang Selena Gomez.
Menjadi tetamu dalam podcast Call Her Daddy podcast, dengan tegas menafikan telah menjadi orang ketiga sekaligus merampas Bieber dari Gomez.
Menurut model berusia 26 tahun tersebut, dia dan pesohor kelahiran Kanada itu bercinta hanya selepas Bieber dan Gomez tidak bersama lagi.
Hailey turun menegaskan Bieber tidak pernah bermain kayu tiga dengan Gomez.
“Tidak, tidak pernah,” tegas Hailey seperti dilaporkan DailyMail.uk.
“Apabila kami mula menjalin hubungan atau apa saja label yang diberikan, dia tidak lagi berada dalam hubungan lama. Bukan karakter saya untuk merosakkan hubungan seseorang.
“Saya dibesarkan lebih baik (jadi perampas) dari itu,” kata Hailey.
Namun Hailey mengatakan dia tidak boleh menolak tanggapan umum apabila sering memikirkan dirinya sebagai perampas. Apa lagi hubungan asmara Bieber dengan Gomez sering putus dan kembali bersama pada tahun 2018.
Dan pada 2018 jugalah dia mula menjalin hubungan dengan Bieber.
“Saya dalam situasi mengetahui fakta tentang hubungan Bieber dan Selena. Sejarahnya terlalu panjang. Saya tidak mahu bercakap mengenainya,” ujar model yang tua setahun dari suaminya itu lagi.
Menurut Hailey, meski dia dan Bieber kini sudah berbahagia, dirinya masih menerima kecaman dan kata kata negatif daripada netizen yang membencinya.
“Saya masih dibenci sehingga hari ini. Jika saya melakukan kemunculan di platform media sosial, mereka masih mencaci saya.
“Saya sudah sampai pada tahap mengabaikan semua. Jika kami boleh move on, kenapa tidak mereka?”luah Hailey.
Kredit Foto: Dailymailuk
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Terkini

Netizen Terharu Lihat Pelajar Universiti Ini Beri Sepotong Kek Kepada Pekerja Restoran Mamak

gempak
26/07/2024
06:55 MYT
Beberapa pelajar dari sebuah universiti meraih perhatian netizen apabila rakaman yang memperlihatkan mereka memberi sepotong kek kepada seorang pekerja kedai makan yang sering mereka kunjungi viral di media sosial.
Hiburan

Sering Dipanggil ‘Aunty’, Sarah Suhairi Sedia Bergelar Ibu

gempak
26/07/2024
04:55 MYT
Menurut Sarah, dia sedia maklum status Aswad sebagai duda anak tiga namun itu tidak menjadi halangan untuk mereka berkenalan dan mendirikan rumah tangga.
Viral

Ibu Arwah Zulfarhan Akui Pernah Tak Restu Anak Masuk UPNM

gempak
26/07/2024
03:55 MYT
“Dia selalu dekat dengan kami sekeluarga,” begitulah keluhan ibu kepada arwah Zulfarhan, yang menyatakan dirinya pernah tidak merestui anak lelakinya itu untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).
Berita

Gara-Gara Beri Anjing Makan Berlebihan Sehingga Mati, Wanita Dihukum Penjara Dua Bulan

gempak
25/07/2024
21:55 MYT
Mahkamah di New Zealand menjatuhkan hukuman penjara dua bulan ke atas seorang wanita kerana memberi makan anjing peliharaannya secara berlebihan sehingga mati, lapor News Straits Times.
Hollywood

Keanu Reeves Sentiasa Ingat Mati, Minta Semua Hargai Hidup

gempak
25/07/2024
14:21 MYT
Aktor Keanu Reeves telah melalui episod kehilangan ramai orang yang disayangi dalam hidupnya.