Buat pertama kalinya pelakon popular Aiman Hakim Ridza, Luqman Hafidz dan Steve Yap digandingkan bersama selaku selaku teraju utama untuk drama bersiri ‘Ahli Bapak Bapak Club’ (ABBC).

Drama ini juga merupakan kemunculan pertama pelakon Aiman Hakim Ridza selepas bergelar bapa dan suami.

Ternyata, ‘comeback’ pada kali ini menyaksikan sisi berbeza Aiman menerusi watak Joe iaitu seorang pelakon yang sedang lalui zaman kejatuhan.

Menerusi ABBC Joe berusaha untuk memikat semula hati bekas isterinya, Hana, yang kini sudah semakin cantik dan popular selepas mereka berpisah.

Episod pertama AABC yang ditayangkan pada Rabu lalu mendapat berbagai reaksi penonton. Kepada yang belum berkesempatan untuk menonton ini trivia AABC:
  1. Luqman Hafidz hero Ola Bola membawakan watak Bob iaitu seorang bapa kepada seorang anak tetapi bukan menantu idaman kerana sering menimbulkan masalah dengan ibu mentuanya.
  2. Steve Yap pelakon hebat yang sering bekerjasama dengan produksi antarabangsa di China, Taiwan, Hong Kong dan Singapura turut ditampilan sebagai Nik yang merupakan seorang pakar motivasi terkenal namun tidak disayangi oleh dua anak tirinya. Situasi Nik tambah kacau apabila Qadir, bekas suami isterinya, mahu dapatkan kembali isteri dan anak-anaknya.
  3. Menarik lagi, ini merupakan kali pertama Steve menerajui watak utama dalam drama Melayu. Beliau juga telah banyak belajar menikmati juadah istimewa masakan Melayu sewaktu di set penggambaran.
  4. Drama ABBC turut meperlihatkan bakat lakonan juara Akademi Fantasia 2016, Amir Masdi yang memegang watak sebagai Fir. Drama ini juga merupakan penampilan sulung Amir sebagai pelakon.
  5. Menurut pengarah Tam Suhaimi, Datuk Ziela Jalil dan Uyaina masing-masing tidak kering gusi semasa menjayakan babak mereka di set penggambaran bersama Luqman Hafidz. Kedua-dua mereka menjayakan watak sebagai mak mentua dan isteri kepada Bob.
  6. Rantai basikal yang ditunggang oleh Luqman Hafidz asyik tercabut ketika dalam salah satu babak sewaktu penggambaran sedang dijalankan. Namun Luqman terus fokus kepada lakonan tanpa menghiraukan rantai basikal tersebut.
  7. Lokasi utama penggambaran drama ‘Ahli Bapak Bapak Club’ telah dijalankan ketika bulan Ramadan di sekitar Cyberjaya, Wangsa Maju, Kemensah dan Batang Kali serta mengambil masa keseluruhan 18 hari untuk diselesaikan. Semua garis panduan SOP yang dikeluarkan oleh pihak MKN & KKM telah dipatuhi semasa penggambaran ini dijalankan.
Jangan lupa tonton drama bersiri 10 episod arahan sutradara Tam Suhaimi, idea asal tenaga kreatif Gempak dengan kerjasama syarikat produksi Global Station Sdn. Bhd ini ya!

Drama bersiri ‘Ahli Bapak Bapak Club’ bersiaran pada setiap hari Rabu, jam 9.30 malam mulai 19 Mei 2021 secara eksklusif di saluran Astro Ria HD (104) serta turut boleh distrim menerusi portal Gempak, aplikasi Astro GO dan on demand untuk pilihan yang lebihfleksibel.

Manakala kapsul istimewa dalam format temu bual yang memaparkan pelbagai perkongsian santai pengalaman, nasihat serta tips menjadi bapa yang baik dan cool menampilkan karakter utama ‘Ahli Bapak Bapak Club’ iaitu Joe (Aiman Hakim Ridza), Bob (Luqman Hafidz) dan Nik (Steve Yap) pula ditayangkan pada setiap hari Rabu, jam 10.00 malam secara eksklusif di kesemua platform digital Gempak.