UNDI TOP 5 GEMPAK MOST WANTED AWARDS SEKARANG!
HIBURAN

Rapper A$AP Rocky ‘Melompat’, Berpelukan Diumum Tidak Bersalah Tembak Rakan

Maliah Surip 19/02/2025 | 12:50 MYT
Suasana di dalam sebuah mahkamah di California yang tegang bertukar riuh selepas rapper A$AP Rocky yang juga tertuduh tidak dapat menahan rasa gembira selepas diumumkan tidak persalah di atas pertuduhan jenayah yang dilakukan pada 2021.
Rocky bukan sahaja menjerit dan melompat malah keluar daripada kandang pertuduhan dan memeluk beberapa ‘penyokong’ yang hadir menyaksikan sebutan kes sebaik mendengar hakim menyebut dirinya tidak bersalah atas dakwaan menembak bekas rakannya di Los Angeles dalam insiden beberapa tahun silam.
Pasangan bintang terkenal Rihanna itu juga kemudian mengucapkan terima kasih kepada juri yang sepakat mendapati dirinya tidak bersalah dan keputusan yang telah diberikan hakim.
“Terima kasih kerana telah menyelamatkan nyawa saya,” katanya seperti dilaporkan CNN.
Turut hadir pada sebutan kes tersebut adalah Rihanna bersama dua anak mereka, RZA dan Riot.

BERITA TRENDING: Rihanna Tayang Anak Di TikTok Lepas 7 Bulan Jadi Ibu

BERITA TRENDING: Anak Sudah Enam Bulan , Rihanna Lakukan Hal Klise Seperti Ibu Lain

BERITA TRENDING: Rihanna Umum Hamil Anak Dengan Kekasih Hati, Rapper A$AP Rocky

Rocky atau nama sebenarnya Rakim Athelston Mayers mengekalkan dakwaan dia memiliki senjata pada malam kejadian selepas mengambilnya dari set penggambaran muzik video. Dia mengambilnya hanya untuk langkah keselamatan.
Penyanyi itu didakwa berselisih faham dengan sahabat sejak zaman sekolah dan menjadi sebahagian krunya, Relli pada malam 6 November 2021 sehingga memaksa Rocky melepaskan tembakan sebagai tanda amaran kerana sahabatnya itu bertindak ganas.
#Hollywood #Rihanna #Peluk #Tembak #A$AP Rocky #Melompat