Skip to main content

Viral

Rihanna Umum Hamil Anak Dengan Kekasih Hati, Rapper A$AP Rocky

untitled-design-2022-02-01t093311-989.jpg
Penyanyi dah usahawan kosmetik antarabangsa terkenal Rihanna mendedahkan dirinya sedang hamil anak bersama kekasih hati, penyanyi rap A$AP Rocky. 

Pendedahan itu dibuat selepas penyanyi lagu Diamond itu dilihat bersiar-siar di samping A$AP di sekitar bandar New York sambil menikmati kedinginan musim sejuk. 

Rihanna yang menggayakan jaket merah jambu labuh membuka butang di bahagian perut bertujuan bagi mendedahkan perutnya. 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Miles Diggs (@diggzy)


Pada Mei tahun lalu, menerusi majalah GQ, A$AP menggelarkan Rihanna adalah ‘love of my life’. 

Malah, dia turut memanggil  kekasihnya itu sebagai ‘the one’. 

“Segalanya baik, sangat baik untuk berada di dalam perhubungan bersama ‘the one’. Jumlah dia mungkin seperti satu dalam sejuta. Saya fikir apabila anda tahu, anda tahu dialah satu-satunya,” jelas A$AP lagi. 
 

Advertisement

Must-Watch Video