Berita
"Rasa Macam Nak Demam, Mulalah Aku Terfikir Adakah..." - Pengarah Drama Nur Paranoid Gara-Gara COVID-19
Pengarah Shahrulezad Mohameddin mengakui dirinya mula menjadi seorang yang paranoid gara-gara penularan wabak COVID-19 di negara ini.
Shahrulezad yang juga penerbit Radius One Sdn. Bhd itu berkata, dia mula terfikir mengenai kebarangkalian dirinya dijangkiti virus tersebut walaupun sekadar berasa tidak sedap badan.
"Lepas Asar (semalam), badan abam rasa tak sedap. Rasa macam nak demam. Haaa... Mulalah aku paranoid.
"Mulalah aku terfikir adakah akn kena COVID-19? Kalau betul terkena macam mana aku boleh kena.
"Mulalah aku teringat butang liflah, tombol pintu kedailah. Duit kertaslah. Makin fikir, makin cemas. Mesti kejap lagi anxiety kacau aku," ceritanya menerusi satu posting yang dimuat naik di Instagram miliknya.
Begitupun, katanya, dia akan terus mengambil pendekatan untuk terus kekal berada di dalam rumah sahaja untuk tempoh dua minggu selari dengan Perintah Kawalan Pergerakan.
"Abam rasa abam kena kuarantinkan diri abam kat rumah buat sementara waktu. Sekurang-kurangnya kalau mengikut WHO (pertubuhan kesihatan sedunia), tujuh hari hingga dua minggu kena duduk dalam rumah.
"Abam harap badan abam ini tak sedap hanya disebabkan cuaca sekarang terlalu panas dan abam banyak sangat duduk dalam bilik pendingin hawa, kurang minum air pula tu, mungkin dehidrasi. Korang jangan risau okay, abam cuba untuk tidak menjadi panik," luahnya.
Perkongsian pengarah drama Nur itu kemudian menerima pelbagai respons dalam kalangan pengikutnya.
Rata-rata mendoakan kesihatannya dan meminta agar dirinya tidak terlalu memikirkan perkara yang bukan-bukan.
"Makan ubat, minum air masak, rehat. Jangan banyak sangat fikir ya, insya-Allah baik-baik sahaja," tulis salah seorang pengikutnya.
Apapun jangan lupa, pastikan anda selalu mencuci tangan, gunakan 'sanitizer' dan kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!
Must-Watch Video