Drama bersiri Scammer yang mula menemui penonton malam tadi ternyata menerima sambutan luar biasa daripada penonton.

Berdasarkan pemerhatian Gempak di media sosial, rata-rata penonton memuji kualiti drama ini sehingga ada yang menyamakannya dengan filem.

Dalam pada itu, ada juga penonton yang menyifatkan Scammer sebagai satu karya yang mempunyai kelas tersendiri sebagaimana Projek Anchor SPM dan sebagainya sebelum ini.

"Rasa dah macam tengok movie bukan drama, sinematografi cantik, cerita menarik dan lakonan pelakon semua hebat. Malaysia patut buat banyak drama macam ini, bukan klise atau tipikal drama Melayu, baru lah ada vibes antarabangsa, tahniah team Scammer, Radiusone & Astro.

"Yes Astro Ria mulai sekarang korang boleh start siarkan drama macam ini baru ada kelas macam Mandatori, Projek Anchor SPM dan lain-lain.

"Wow, starting je dah tau drama ni next level," tulis penonton.








Drama Scammer 20 episod ini diarahkan oleh Norhanisham Muhammad yang merupakan penulis untuk drama bersiri popular The Maid sebelum ini.

Dibintangi oleh Siti Saleha, Kamal Adli, Fasha Sandha, Didie Alias dan ramai lagi, Scammer ditayangkan pada setiap Isnin hingga Khamis, 11 malam di Astro Ria.

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikannya!