Skip to main content

Drama

Sehari Nak Habis Iddah, Haris Lafaz Rujuk Dengan Zara! Penonton 'Suamiku Anak Mak' Naik Geram

Sehari Nak Habis Iddah, Haris Lafaz Rujuk Dengan Zara! Penonton 'Suamiku Anak Mak' Naik Geram

Sekilas

  • Drama Suamiku Anak Mak kini berbaki empat episod dan babak episod ke-20 mencetuskan perdebatan hangat apabila Haris melafazkan rujuk sehari sebelum tempoh iddah Zara tamat.
  • Tindakan Haris menimbulkan rasa tidak puas hati penonton serta perbincangan mengenai kesahihan lafaz rujuk dari sudut hukum dan hak suami isteri.
  • Drama ini menarik perhatian pelbagai lapisan masyarakat dan boleh ditonton setiap Isnin hingga Khamis, pukul 10 malam di Astro Ria dan aplikasi sooka.
Advertisement

Berbaki empat episod sebelum melabuhkan tirainya, drama Suamiku Anak Mak sekali lagi menguji kesabaran penonton apabila babak penghujung episod ke-20 yang disiarkan malam Khamis mencetuskan perdebatan hangat di media sosial.

Mana tidaknya, ketika ramai mengharapkan Zara dapat meneruskan kehidupan baharu, Haris sebaliknya bertindak melafazkan rujuk hanya sehari sebelum tempoh iddah wanita itu berakhir.

Advertisement

Tindakan Haris itu mengundang rasa geram dalam kalangan penonton yang meluahkan ketidakpuasan hati masing-masing, khususnya menerusi platform Threads.

Malah, ada yang berpendapat tindakan Haris seolah-olah didorong oleh perasaan dendam terhadap Zara, bukannya atas dasar keikhlasan untuk memperbaiki hubungan rumah tangga mereka.

Tidak cukup dengan itu, babak berkenaan turut mencetuskan perbincangan mengenai kesahihan lafaz rujuk tersebut dari sudut hukum.

Advertisement

Daripada sekadar mengikuti konflik rumah tangga Haris dan Zara, penonton kini turut membincangkan persoalan berkaitan hak suami dan isteri dalam urusan rujuk sepanjang tempoh iddah.

Menariknya, perbualan mengenai drama tersebut bukan sahaja melibatkan penonton Melayu, malah turut menarik perhatian penonton Cina dan India yang mengikuti perkembangan kisah berkenaan.

Situasi itu memperlihatkan bagaimana konflik kekeluargaan yang diketengahkan menerusi Suamiku Anak Mak mampu menarik perhatian masyarakat daripada pelbagai latar belakang.

Dalam pada itu, dengan hanya empat episod berbaki, pastinya ramai semakin tidak sabar untuk mengetahui kesudahan hubungan Haris dan Zara.

Adakah Haris benar-benar mahu memperbaiki kesilapannya atau lafaz rujuk tersebut bakal menjadi permulaan kepada satu lagi konflik yang lebih besar?

Bagaimana pula nasib Zara selepas ini? Mampukah dia mengecapi kebahagiaan yang diimpikannya?

Dibintangi Emma Maembong, Keith Foo, Dian P. Ramlee dan Izzue Islam, Suamiku Anak Mak kini memasuki minggu terakhir tayangannya menerusi slot MegaDrama.

Saksikan empat episod terakhir Suamiku Anak Mak, setiap Isnin hingga Khamis, pukul 10 malam di Astro Ria dan aplikasi sooka untuk mengetahui kesudahan kisah Haris, Zaraa dan Mak Leha.

Anda mungkin berminat dengan

Tudung Sarung Moscrepe Sarimah Plain Instant READY STOCK SIZE M L

Tudung Sarung Moscrepe Sarimah Plain Instant READY STOCK SIZE M L

SCVCN Cycling/Running Sunglasses 1 Lens for Unisex

SCVCN Cycling/Running Sunglasses 1 Lens for Unisex

adidas Football Liverpool FC 25/26 Away Jersey Men White JV6487

adidas Football Liverpool FC 25/26 Away Jersey Men White JV6487

Baju Pagoda Eagle King T-Shirt Inner Cotton/ Berpoket Berzip/ Singlet Round Neck Plain

Baju Pagoda Eagle King T-Shirt Inner Cotton/ Berpoket Berzip/ Singlet Round Neck Plain

Maybelline Fit Me Compact Powder – SPF32, 16H Oil Control Face Powder with Matte Finish, Controls Shine Resists Humidity

Maybelline Fit Me Compact Powder – SPF32, 16H Oil Control Face Powder with Matte Finish, Controls Shine Resists Humidity

Alph fury Boots Taktikal Classic shoes tactical boot kasut operasi. ki

Alph fury Boots Taktikal Classic shoes tactical boot kasut operasi. ki

Must Watch Video

Advertisement
Advertisement