Laman Utama

"Rasa Pulak Bila Korang Yang Menggeletis..." - Boleh Rentas Negeri & Keluar Negara, Lana Nodin 'Sembur' Semula Haters!

gempak
Asraf Aided
12/10/2021
06:55 MYT
Sponsor Banner
"Rasa Pulak Bila Korang Yang Menggeletis..." - Boleh Rentas Negeri & Keluar Negara, Lana Nodin 'Sembur' Semula Haters!
Pengumuman kerajaan membenarkan orang ramai merentas negeri dan keluar negara tentunya ditunggu ramai, terutamanya bagi mereka yang ingin bertemu keluarga.
Ekoran itu juga, pelakon Lana Nodin tampil memberi respon seakan membalas semula kenyataan-kenyataan yang pernah dilemparkan segelintir pihak terhadapnya sebelum ini berkaitan isu vaksin COVID-19.
Lana berkongsi perkara itu menerusi akaun Instagram miliknya beserta video orang ramai berlari merempuh pagar yang dibuka.
"Harap-harap rakyat Malaysia yang boleh rentas tu, hopefully jangan macam ni ya (merujuk video tersebut). Dulu yang suruh aku mereput duduk diam siap halau aku balik USA, sekarang bila aku balik USA kata biar aku dapat Covid pulak.
"Haa ni turn korang pulak yang duk keji maki aku, ko rasa pulak bila korang yang menggeletis the moment kerajaan kata boleh nak keluar Malaysia.
"Siap bagi info konon aku tak boleh lepas masuk airport la, nak masuk USA pun tak boleh (kau tahu kau siapa jangan malu pulak nanti bersua muka ya)," tulisnya berbentuk sindiran.
BACA: "Sibuk Mengata, Siap Halau Aku Dari Negara Sendiri" - Lana Nodin Selamat Tiba Di USA
Dalam pada itu, Lana turut menyindir seorang artis yang disifatkan sebagai 'lalang' dan dikatakan sibuk berkongsi perihal pengambilan vaksin di media sosial.
"Siap ada artis veteran dan seorang artis lalang ni konon kata dia artis, tapi seriously aku pun tak kenal tapi kononnya anggap diri tu baik dengan orang politik, hari-hari sibuk, setiap masa sibuk upload pasal hal vaksin ni!
"Kau tu move on jela tak payah sibuk hal orang, berlakon je dalam drama, tak payah buat drama, cukup dah drama politik. Orang industri pun meluat lah dengar cerita kau hari-hari tak habis habis diskriminasikan orang!" tulisnya lagi.
Meninjau ruangan komen, rakan industri Rita Rudaini juga menyokong kenyataan Lana dan mengatakan orang di luar negara kebanyakannya bercampur sahaja di satu tempat tanpa mengira status vaksin.
Sebelum ini, nama Lana pernah menjadi hangat selepas dia menggesa Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Datuk Dr Noor Hisham Abdullah meletakkan jawatan.
BACA: Dakwa Bersandiwara, Lana Nodin Gesa DG Hisham Letak Jawatan - "Tak Habis-Habis Buat Muka Kesian, Menangis Penat"
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024