Laman Utama
“Sibuk Mengata, Siap Halau Aku Dari Negara Sendiri” – Lana Nodin Selamat Tiba Di USA
Pelakon, Lana Nodin bersama suami, David McKienzie dan dan anak-anaknya selamat tiba di Amerika Syarikat.
Berita itu dikongsi Lana menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya.
Menurut Lana, dia memuat naik video pendek itu sebagai bukti kepada sesetengah netizen yang memberikan kecaman melampau dan juga dakwaan anti-vaksin kepada dirinya.
“Ni video khas aku buat untuk yang selalu menghina dan masih mencaci dan suka buat spekulasi sendiri tanpa tanya saya, tanpa selidik tanpa mengkaji kenapa dan apa yang saya buat!
“Ada yang kata oh dia tak lepas airport apa lagi berjaya ke nak balik usa… Kat USA sana lagi teruk semua tak boleh, dine in ke, riadah ke masuk mall ke atau masjid ke.
“Okay selama ni aku diam sebab orang kat portal ramai yang mengutuk, menghina bahkan ada yang lebih tahu fasal USA dari negara yang selalu aku keluar masuk dan negara asal suami aku sendiri.
“Okay ini video khas untuk korang, jangan dm dm aku tanya itu ini, just tengok dan nilai sendiri! Korang yang di FB dan portal-portal yang sibuk mengata aku, sibuk suruh aku balik USA, siap halau aku dari negara aku sendiri. Okay ni aku balik, aku buktikan apa yang korang yang cakap tu lebih tahu dan teror pada aku!
“Bila aku dengan @ritrud727 share info kami di labelkan berbagai nama, padahal kami bagitau apa yang benar yang banyak yang tak telus di beritahu sehingga ramai jadi doktor tik tok, jadi polis pencen, jadi wartawan yang lebih tahu pasal negara luar,” tulisnya.
Menerusi coretan yang sama juga, Lana memaklumkan kepulangannya ke negara Amerika Syarikat itu adalah dengan cara yang betul.
“Sekarang aku balik aku akan lihat sendiri siapa yang betul dari aku apply MTP, buat dokumen yang sah mengikut undang-undang Malaysia dan bertolak ke airport KLIA sampai ke USA.
“Alhamdullilah perjalanan aku sangat-sangat di permudahkan, tiada sebarang diskriminasi atau apa-apa masalah!
“Tiada sebarang kabel,ni semua kabel Allah SWT dan bila Allah kata kun fa yakun, jadi lah ia. Siapa kita nak pertikaikan rezeki, ajal dan apa-apa pun dari DIA?
“Jadi jangan nak sesuka hati nak jadi polis pencen ke, wartawan ke atau doktor yang korang sekarang dok buat di social media sedangkan korang tak tahu mana yang sahih dan mana yang rumors!
“Stop fear Mongering dan dan live around virus! Covid is real, its endemic but not pandemic! Wake up, live your life to fullest while still have chance! Semoga Allah SWT melindungi kita! Stop discrimination and start respect other decisions!
“Kepada sahabat-sahabat, followers dan rakan-rakan artis yang selalu bersama saya, beri kata semangat dan doa pada saya, anda tahu anda siapa, terima kasih dan teruskan perjuangan korang, semoga Allah lindungi korang, negara dan rakyat Malaysia,” coretnya
Sebelum ini nama Lana pernah menjadi hangat selepas dia menggesa Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Datuk Dr Noor Hisham Abdullah meletakkan jawatan.
Must-Watch Video