Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

"Rasa Seperti Satu Penghinaan" - Riezman Khuzaimi Terkilan, Terima Tawaran Berlakon Serendah RM150 Sehari

Amri Hassan
01/05/2024 11:27 MYT
Pelakon Riezman Khuzaimi turut terkesan apabila pernah menerima tawaran berlakon serendah RM150 sehari daripada produksi tempatan.

Jelas Riezman, sebagai pelakon berpengalaman, isu itu tidak sepatutnya berlaku sekali gus ia sedikit sebanyak mencalarkan industri hiburan.

"Setahun ada dua atau satu filem, drama pun begitu juga. Orang selalu tanya kenapa jarang nampak dekat TV, saya cakap terus terang sebab dia orang tak mampu bayar saya. 

"Tak mampu bayar bukan kerana mahal, tapi bayaran itu saya rasa seperti satu penghinaan.

"Jadi saya rasa lebih baik saya jual burger boleh dapat dalam RM300 ke RM400 sehari daripada berlakon dapat RM150, itu melampaulah," katanya kepada Gempak.

BERITA TRENDING: “Mungkin Pandang Telefon Bimbit Terlalu Lama” - Riezman Khuzaimi Dedah Kemungkinan Punca Alami Slip Disc

Riezman ditemui pada sidang media Kami Sempoi di Pavilion Bukit Jalil, Kuala Lumpur baru-baru ini. Dalam acara sama, Riezman dilantik sebagai duta kepada agensi Kami Sempoi yang membantu dan menguruskan hos siaran langsung di platform TikTok.

Melanjutkan bicara, Riezman akui isu bayaran rendah kepada pelakon veteran membuatkan ramai selebriti menolak tawaran berlakon.

"Memang patut dia (Azlee Senario) tolak. Kalau kita tengok Senario berlakon, menyanyi dan buat lawak..kita sepatutnya kena hormati. Patutnya lagi senior lagi tinggi bukan lagi catu.

"Sama juga macam Jalil Hamid kenapa dia tak nak berlakon, sebab tawaran yang macam itu. Fauziah Nawi pun begitu.

"Saya pun pernah berlakon di Indonesia dan Hong Kong. Bukan sebab status tapi pengalaman. Lagi senior pelakon itu mereka sepatutnya bayar sama dengan pengalamannya.

"Perkara ini makin teruk. Ini nak merosakkan industri kita, kualiti akan jatuh," tambahnya.

PILIHAN PEMBACA: "Saya Kena Scam!" - Riezman Khuzaimi Rugi RM1 Juta Dakwa Ditipu Perunding Acara, Konsert Goyang Asia-Koplo Milenia Tukar Tarikh & Lokasi

BERITA TRENDING: “Bukan Minta Sedekah, Orang Yang Bagi” - Azlee Senario Raih RM15,000 Di TikTok, Syukur Dapat Bayar Duit Kereta & Rumah

#pelakon #Viral #Drama #Riezman Khuzaimi #Azlee Senario #Veteran #Bayaran #Senior #Rendah